MALAYSIA akan menjangkau usia 62 tahun 31 Ogos tahun ini.
Di sebalik enam dekad negara kita terbentuk, seorang ahli perniagaan Koon Yew Yin baru-baru ini membuat kenyataan tidak bertanggungjawab dalam ruang siber bahawa angkatan tentera kita hanya makan dan tidur serta patut dikerahkan untuk kerja di ladang-ladang menggantikan pekerja-pekerja migran Indonesia dan Bangladesh.
Akibat daripada kecaman netizen dan sedar akan kesalahannya, kenyataannya itu telah dipadam daripada blognya di ruang siber.
Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang menghina bukan sahaja angkatan tentera Malaysia tetapi juga mencemar Rukun Negara yang Kedua iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.
Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ada menyebut bahawa Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Malaysia adalah Yang DiPertuan Agong (YDPA).
Kenyataan yang dibuat oleh Koon Yew Yin ini juga menghina YDPA sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera yang dikatakan ‘hanya makan dan tidur’ dan tidak berfungsi selayaknya dengan wang cukai yang dibayar beliau.
Perlu diingat bahawa pembayaran wang cukai adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia, bukan Koon Yew Yin sahaja.
Siapa sahaja yang mahu menjadi warganegara yang setia kepada negara harus membayar cukai demi pembangunan negara.
Sejak daripada zaman kerajaan Melayu Lama Langkasuka, Srivijaya dan kemudiannya Kesultanan Melaka, orang-orang Melayu telah berusaha mempertahankan tanah air daripada dijajah bangsa-bangsa lain.
Srivijaya sebagai contoh telah muncul sebagai kuasa ekonomi dan ketenteraan yang hebat di Asia Tenggara pada kurun ke-9 masihi.
Kesultanan Melaka juga menjadi kuasa hebat lahir daripada pemerintahan yang adil dan saksama didukung oleh sistem pertahanan ketenteraan yang mantap.
Ketika Kesultanan Kedah diserang oleh Siam pada kurun ke-18 masihi, orang-orang Melayu yang mempertahankannya daripada dijajah dan Kedah kekal sebagai bumi berdaulat dalam Malaysia sehingga hari ini.
Sewaktu Jepun melanggar Tanah Melayu pada tahun 1941 dan 1942, Leftenan Adnan Saidi daripada Regimen Melayu DiRaja berjuang menentang musuh sehingga titisan darah dan peluru yang terakhir.
Selepas Tanah Melayu meraih kemerdekaan pada tahun 1957 dan membentuk Malaysia pada tahun 1963, negara kita menjalin hubungan yang baik dengan banyak negara di dunia dan seringkali menggunakan cara diplomasi dalam menangani masalah antarabangsa dengan negara-negara lain.
Walaupun Malaysia tidak berada dalam keadaan perang, pihak Angkatan Tentera Malaysia terus bersiap-siaga menjalankan tugas tanpa henti mengawal sempadan negara serta memastikan negara dalam keadaan selamat serta sesuai didiami seluruh rakyatnya.
Dengan keamanan dan kestabilan yang mantap, Malaysia membangun dengan pesat dan cemerlang.
Ini dibuktikan menerusi indeks pembangunan sumber manusia (HDI) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menempatkan Malaysia di tangga 57 antara 189 negara pada tahun 2017 – antara yang tertinggi di dunia.
Maka tidak hairanlah lima universiti Malaysia pada tahun 2018 adalah ‘top 300’ di dunia, seperti dilaporkan oleh New Straits Times pada 8 Jun 2017.
Walaupun ada pihak yang melaporkan Malaysia sebagai negara yang rapuh dan dikatakan tidak selamat, Malaysia ditempatkan di tangga ke 16 daripada 163 negara oleh Indeks Keamanan Global pada tahun 2019 mengatasi negara-negara hebat yang lain seperti United Kingdom, Sweden, Perancis, Norway dan Belgium – menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang paling aman seantero dunia.
Apabila negara-negara lain di rantau ini dan di luar Asia Tenggara terpaksa menghadapi masalah perkauman yang menjurus ke arah ketidaktenteraman, masyarakat Malaysia mampu untuk hidup dengan harmoni di antara satu sama lain didukung oleh keselamatan dan pertahanan yang jitu yang tidak mungkin terjadi sekiranya Angkatan Tentera Malaysia hanya makan dan tidur sahaja.
Sebagai seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin perlu sedar bahawa kekayaan yang dikumpulnya di Malaysia ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan ekonomi yang disokong oleh sistem pertahanan ketenteraan yang jitu.
Sekiranya negara kita lemah, bagaimana mungkin ahli perniagaan seperti Koon Yew Yin dan lain-lain boleh mengumpul kekayaan di negara ini?
Seharusnya, Koon Yew Yin berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia yang telah menyediakan negara yang selamat didiami oleh dirinya dan keluarga, malah, menurut Indeks Keamanan Global 2019, jauh lebih selamat daripada negara leluhurnya sendiri iaitu China yang berada di tangga 110.
Hong Kong yang dianggap kota dunia yang hebat juga berada dalam huru-hara pada waktu ini.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, tapi yang nyata majoritinya terdiri daripada kaum Bumiputera.
Janganlah kita menjadi rakyat yang menghina dan memperlekehkan angkatan tentera kita sendiri.
Sempena Hari Kemerdekaan yang akan menjelang kurang dari tiga minggu, marilah kita menjadi warganegara yang bersyukur dengan apa yang ada dan berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia yang telah berusaha meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling aman di dunia.
* Leftenan Komander (Kehormat) Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia yang juga ahli pasukan simpanan sukarela, Tentera Laut DiRaja Malaysia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli
Wed Aug 14 2019

Sebagai warganegara, bersyukur dan berterima kasihlah kepada Angkatan Tentera Malaysia yang telah berusaha meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling aman di dunia. - Gambar hiasan
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR
71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Panglima Angkatan Tentera garis empat teras panduan pemerintahan
Panglima Angkatan Tentera menggariskan empat teras sebagai panduan utama pemerintahan sepanjang tempoh beliau menerajui ATM.

PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan
Anwar menekankan kepentingan gencatan senjata untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa diskriminasi.

Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91
Sultan Ibrahim merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

Hospital Medan Malaysia di Myanmar jadi tumpuan
HMM dilengkapi 20 katil dan wad, bilik pembedahan, ICU, radiologi, makmal dan menawarkan kepakaran dalam pembedahan am dan ortopedik.

Pasukan perubatan ATM berlepas ke Myanmar hari ini, laksana misi hospital medan
Kedua-dua penerbangan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay, Myanmar pada 7.30 pagi dan 8.00 pagi hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.

LTAT aktifkan sukarelawan Jalinan Wira, perkukuh komitmen terhadap pencarum
Bagi menghargai jasa anggota ATM, serta selari aspirasi Malaysia Madani, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengaktifkan pasukan sukarelawan Jalinan Wira.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.