awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2021
11:32 MYT
'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengubah tumpuan dalam mencari individu yang dikehendaki. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengubah tumpuan dalam mencari individu yang dikehendaki.
Jelasnya, pencarian perlu difokuskan ke atas ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bukan mencari Clare Rewcastle Brown serta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.
"Saya ingin tanya, apakah kesalahan Nur Sajat? Apa kesalahan Rewcastle Brown?
"Rewcastle Brown adalah seorang yang telah membongkarkan skandal yang paling besar di negara kita, melibatkan mantan Perdana Menteri kita. Nur Sajat merupakan seorang usahawan yang berjaya.
"Tolonglah cari Jho Low. Tolonglah cari Jho Low. Tumpukan perhatian kepada Jho Low. Cari dia sampai lubang cacing, bawa dia balik ke negara kita.
"Saya ingin tanya, apakah kesalahan Nur Sajat? Apa kesalahan Rewcastle Brown?... Tolonglah cari Jho Low. Tolonglah cari Jho Low. Tumpukan perhatian kepada Jho Low." - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/LvH7EQWZlq
— Astro AWANI (@501Awani) November 9, 2021
"Jangan bazirkan masa dengan perkara-perkara yang tak memberi manfaat," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan di peringkat dasar Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 (Bajet 2022) hari ini.
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Rewcastle Brown yang juga Editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
PDRM pula sedang menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand dan Australia berhubung keberadaan sebenar Nur Sajat.
Topic Berkaitan
#RSN Rayer
#Jho Low
#Clare Rewcastle Brown
#Nur Sajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan