Status Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menelan kos RM55 bilion seperti diumum kerajaan Barisan Nasional lepas masih samar apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan untuk mengkaji semula pelaksanaannya.
Ada yang berpendapat projek sepanjang 688km merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bertujuan mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan penggunaan rel berbanding kereta atau kapal terbang tidak lebih selain disifat bermusim.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengguna lebih 'gembira' seandainya lebuh raya dan jalan raya sedia ada di pantai timur dinaik taraf bagi keselesaan pengguna.
Ramai pengguna laluan itu masih selesa menggunakan kenderaan sendiri walaupun terpaksa menghadapi kesesakan berbelas jam di jalan raya ketika musim perayaan.
Seorang jurutera, Nik Benjamin Nik Alias, 30, berkata dia tidak nampak bagaimana ECRL atau projek kereta api seumpamanya akan membantu mengurangkan kesesakan jalan sewaktu musim perayaaan kerana mereka masih perlu menggunakan kereta sebaik tiba di destinasi tujuan.
"Lagipun, lebih baik ditumpukan pembinaan lebuh raya terbengkalai atau menaik taraf jalan raya sedia ada kerana yang hendak menggunakan kemudahan ini adalah penduduk setempat setiap hari, bukan masa musim perayaan sahaja," katanya.
Ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir iaitu kerajaan akan memberi keutamaan kepada pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) berbanding projek mega lain untuk kemudahan penduduk di Terengganu dan Kelantan.
Sebarang keputusan untuk melaksanakan projek lebuh raya sepanjang 147km dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan itu, bagaimanapun perlu mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan.
Pelaksanaan ini juga secara tidak langsung akan meneruskan usaha bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu membina Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai atau lebih dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat sepanjang 73km selepas tertangguh lebih dua dekad.
Seorang peniaga, Siti Nor Afzan Kasiman berkata adalah lebih praktikal menggunakan kenderaan sendiri berbanding kereta api memandangkan dia mempunyai anak kecil dan kecenderungan untuk berhenti di mana-mana sangat tinggi.
"Lagipun, jika dikira kos perjalanan, ia lebih berbaloi menggunakan kenderaan sendiri walaupun kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sudah mengenakan tol," katanya.
Berdasarkan laporan sebelum ini, pelaksanaan projek Central Spine Road (CSR) Bentong Bypass sepanjang 28.5 kilometer dengan kos RM578.25 juta dimulakan pada 2017 dijangka siap sepenuhnya menjelang 2019.
Pada masa sama laluan asal ke pantai timur itu dinaik taraf bermula dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai, Bentong, Pahang sepanjang 350km dibahagikan pula kepada enam pakej utama iaitu Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (47km), Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang (59km), Gua Musang ke Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang (92.5km), Kampung Relong ke Raub (50km), Raub ke Bentong (54km) dan Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km).
Lebuh Raya Bentong-Raub sepanjang 54 km yang dijangka siap tahun hadapan juga mampu bertindak sebagai laluan alternatif untuk pengguna jalan raya yang mahu ke Raub dan destinasi lain di Pantai Timur.
Pun begitu, Siti Nor Afzan tidak menolak penggunaan kereta api mampu menjadi pilihan ketiga selepas kapal terbang bagi penduduk pantai timur, terutama pada musim perayaan memandangkan ia boleh memendekkan waktu perjalanan serta mengurangkan kesesakan di jalan raya.
Sementara itu Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kos ECRL juga terlalu tinggi dan tidak praktikal dilaksanakan dalam keadaan ekonomi negara yang masih tidak stabil ketika ini.
"Pada pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya bajet itu digunakan untuk menaik taraf semua kemudahan dan kualiti jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur serta jalan pantai pula dinaik taraf menjadi empat lorong agar pengguna lebih selesa.
"Pertumbuhan ekonomi juga pasti bertambah rancak sekiranya jalan pantai dari Terengganu hingga ke Kelantan dinaik taraf, malah kos pembinaannya juga jauh lebih murah berbanding kos pembinaan ECRL," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau yang juga Adun Kijal berkata tambang yang akan dikenakan kepada pengguna ECRL dijangka lebih tinggi berbanding tambang kapal terbang.
"Adakah orang Pantai Timur berkemampuan untuk membayar harga tiket ECRL yang harganya mencecah beratus ringgit? Mungkin pada awal pelancarannya, ramai naik untuk merasai sendiri pengalaman keretapi laju tetapi selepas itu, mesti mereka lebih selesa guna kereta atau menaiki kapal terbang dengan tambang murah," katanya.
-Bernama
Bernama
Sun Sep 16 2018
Tinjauan mendapati rata-rata pengguna lebih 'gembira' seandainya lebuh raya dan jalan raya sedia ada di pantai timur dinaik taraf bagi keselesaan pengguna. -Gambar hiasan
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).