Skip to main content

Dunia

Pemandu maut, kira-kira 100 cedera dalam nahas kereta api di England

A train driver was killed and dozens more injured in a collision between two commuter services about 60 miles (100 km) north of London on Friday (June 19) afternoon.
Seorang pemandu tren maut manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian perlanggaran antara dua kereta api kira-kira 60 batu (100 kilometer) utara London, 19 Jun 2026. REUTERS
Advertisement

LONDON: Nahas membabitkan dua kereta api berhampiran di timur England mengorbankan seorang pemandu serta mencederakan kira-kira 100 penumpang, dengan sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media Britain.

Penyiasat sedang berusaha mengenal pasti punca perlanggaran antara dua kereta api yang berlaku pada petang Jumaat.

Pasukan perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi kejadian dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera sebelum membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Datuk Bandar London Sadiq Khan dalam satu kenyataan berkata siasatan menyeluruh perlu dijalankan berhubung insiden itu.

"Ingatan dan doa saya bersama semua yang terjejas akibat nahas kereta api tragis di Bedford, yang menyaksikan seorang pemandu kereta api maut manakala ramai penumpang cedera," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perkhidmatan kecemasan serta kakitangan pengangkutan yang bertindak balas terhadap insiden berkenaan.

"Siasatan menyeluruh mesti dijalankan dan laporannya perlu dikeluarkan secepat mungkin," kata beliau.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement