awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa sebab masyarakat liat bayar saman?

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
24/11/2013
14:06 MYT
Apa sebab masyarakat liat bayar saman?
Faktor seperti kewangan adalah penyumbang utama kepada permasalahan pengguna liat membayar saman.
Namun tidak kurang juga yang menyalahkan kemudahan untuk melangsaikan saman tidak mencukupi, ditambah dengan kesibukan kerja sehingga terlupa untuk membuat bayaran.
Ketika ini, sebuah rakaman video ragam seorang warga kota ketika ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalanraya telah menjadi trending di media sosial baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, Pemangku Ketua Trafik Bukit Aman, Mohd Fuad Abdul Latif ketika dihubungi mengatakan bahawa pihak polis ada kuasa untuk menahan pemandu kenderaan atau motor yang didapati membuat kesalahan trafik.
“Pihak polis ada kuasa untuk menahan dan menangkap individu yang enggan atau menghalang polis ketika menjalankan tugas,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Dr Tam Weng Wah berkata penguatkuasaan undang-undang jalanraya perlu dipertingkatkan dalam menyelesaikan masalah ini.
“Penguatkuasaan perlu dipertingkatkan selain ceramah mengenainya yang telah diadakan, kerana dimasa ini masyarakat masih berasa tidak penting untuk membayar saman."
Manakala Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berpendapat undang-undang perlu dihormati kerana ia diwujudkan dengan bersebab.
Akhbar turut menegur sikap rakyat Malaysia yang mampu mematuhi undang-undang jalan raya ketika berada di luar negara namun tidak di negara sendiri.
“Jika kita lihat di luar negara, sebagai contohnya Singapura, rakyatnya boleh mengikut undang-undang termasuk rakyat kita jika bercuti ke sana,” ujarnya kepada pemberita.
Selain itu, Akhbar turut berpendapat tidak lagi perlu diberikan diskaun ke atas nilai saman kerana ia hanya akan menambahkan sikap liat dikalangan masyarakat.
Itu adalah antara pandangan yang dilontarkan oleh tetamu dalam Buletin Awani 7:45 pada Ahad yang membincangkan mengenai pesalah trafik tegar.
Sementara itu, Ops Cantas Khas Trafik bakal bermula di seluruh negara pada Isnin dengan sasaran mengesan 251 ribu pesalah trafik yang belum menyelesaikan saman.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#Awani 7:45
#Ops Cantas Khas Trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan