JERLUN: Seramai 630 penerima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Jerlun di Ayer Hitam, di sini, merayu pihak berkaitan mempercepatkan proses serahan bagi membolehkan mereka menduduki rumah masing-masing.
Menurut mereka, kesemua 630 unit kediaman berkenaan sudah siap sejak Julai 2019, namun, sehingga kini kunci masih belum diserahkan pihak berwajib.
Bahkan, apa yang lebih menyedihkan ialah. kawasan perumahan itu kini diumpamakan seperti rumah tinggal ekoran pelbagai kerosakan termasuk infrastruktur.
Menurut seorang penerima, Siti Hasnah Saad, 58, apa yang membimbangkannya ialah apabila berlaku kelewatan, ia bakal mengakibatkan dia hilang kelayakan untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan bank.
Dia yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, sudah hampir empat tahun dia menunggu untuk berpindah ke kediaman sendiri, tetapi hampa apabila rumah sudah siap tidak boleh diduduki lagi.
Kebimbangannya tambah berganda berikutan rumah yang sudah siap itu mengalami kerosakan selain menjadi sasaran penagih dadah.
“Makcik susah hati bimbang sebab proses jadi lambat, bimbang dengan umur makcik takut nanti hilang kelayakan (pinjaman bank) pulak sebab dah dengar sebelum ini (ada kes pembeli hilang kelayakan) walaupun sudah selesai bayar, tandatangan pejabat tanah… tiba-tiba surat tamat tempoh (diterima) kena buat permohonan semula.
“Itu yang menakutkan makcik sebab umur dah 58 tahun, kalau boleh nak cepat-cepat (masuk rumah sendiri),” luah Siti Hasnah.
Bagi Mohd Azmi Othman, 39, pula, kegembiraannya apabila terpilih sebagai peserta projek berkenaan kini lebur setelah rumah berkenaan kini semakin ‘musnah’ di depan matanya.
Dia yang bekerja sebagai pemandu jentera berat berkata, kebanyakan pembeli rumah tersebut
terdiri daripada golongan B40 dan dia sendiri sekarang masih menyewa dan perlu membayar RM400 setiap bulan.
“Saya cabut undi bulan Disember 2021 kemudian proses loan (pinjaman) sampai bulan Julai baru lulus, kemudian selepas lulus bulan Julai pergi tandatangan surat dengan lawyer (peguam) bulan September (tetapi) sampai sekarang pejabat tanah kami belum tandatangan lagi.
“Itu yang kita risau sebab saya pergi tengok rumah saya habis rosak naik hutan pokok semua besar-besar, habis rosak longkah pecah dan banyak rumah yang pecah,” kata Mohd Azmi.
Turut senasib ialah, Nor Syakini Md Desa, 44, dan suaminya, Sarif Zalnom Sarif Abidin, 47, yang benar-benar terkilan kerana walaupun memberi rumah berkenaan secara tunai pada harga RM42,000, namun belum berpeluang mendudukinya.
Menurut Nor Syakini, suaminya sanggup mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli rumah tetapi ketika ini mereka masih menyewa di tempat lain.
“Saya nak tau lah agak-agak (dapat duduk) sebab kena tukar sekolah anak, kalau boleh kami nak cepat masuk dalam bulan ini juga sebab rumah kami sekarang sewa dan kami kena bayar bulan-bulan,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd Norizan Mohd Nor, 39, seorang pekerja am pula menyifatkan dia dan rakan-rakan pembeli lain seperti teraniaya apabila kebajikan mereka terbiar tanpa pembelaan.
Katanya, banyak urusan pemilikan tidak selesai malah mereka ditendang seperti bola dan tidak tahu sampai bila derita itu akan berakhir.
“Kenapa layan kami macam ini? Di mana kunci? Kenapa biar benda ini terlampau lama? Kami bukan orang senang (golongan) B40 ada yang bawah dari B40 pun ada, yang terpaksa buat pinjaman, tak lepas berhutang, pinjam sini sana nak bayar cash (tunai) untuk dapatkan rumah ini?
“Sedihlah kami dilakukan macam ini, dah berapa bulan rumah ini siap, rosak dan dibaiki pun tak selesai juga,” katanya dalam nada terkilan.
Tidak tahan dengan permasalahan itu seramai 150 peserta PPR berkenaan berhimpun di kawasan perumahan terbabit bagi melahirkan kekecewaan mereka terhadap masalah kelewatan tersebut.
Mereka turut mendakwa pernah membuat permohonan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta kerajaan Pusat untuk campur tangan isu berkenaan namun masih belum memperoleh apa-apa maklum balas.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pejabat Menteri Besar mengenai isu dihadapi pembeli rumah PPR Seri Jerlun ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Feb 26 2023
Antara pembeli Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Jerlun di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah yang berhimpun di kawasan perumahan terbabit bagi melahirkan kekecewaan mereka terhadap masalah kelewatan tersebut.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Apa sudah jadi? Rumah siap Julai 2019, tetapi kunci masih belum diserahkan...
630 penerima rumah PPR Seri Jerlun, Ayer Hitam, Kedah rayu pihak berwajib bantu selesaikan masalah mereka.