PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi sebuah video yang menunjukkan beliau sedang menerbangkan dron.

Beliau memuat naik video tersebut di laman Facebooknya.

"Zaman sekarang sebuah dron boleh melakukan kerja manusia, mungkin beberapa kerja saya boleh dilakukan oleh dron," senda Dr Mahathir melalui kapsyen ringkasnya.


Apa dalam fikiran Tun Mahathir ketika menerbangkan dron?

Walaupun nampak seperti bermain, tetapi video tersebut membawa mesej yang sangat penting untuk dihayati dalam memahami dinamika teknologi dalam kehidupan seharian.

Ia perlu dilihat dalam konteks lawatannya ke China. Dr Mahathir mengunjungi Da-Jiang Innovations (DJI) pada hari ketiga lawatannya ke negara tembok besar itu.

Syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Shenzen, Guangdong itu merupakan pengeluar dron komersial terbesar dunia bukan alang kepalang. Syarikat itu mengawal kira-kira 70 peratus pasaran dunia.

Dr Mahathir serta delegasi diperkenalkan dengan teknologi dron yang digunakan dalam Industri pertanian.