awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan rekaan antara muka baharu

Amanz
Amanz
09/07/2025
04:40 MYT
Aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan rekaan antara muka baharu
MySejahtera kini hadir dengan kemas kini besar yang memperkenalkan antara muka baharu yang lebih moden, kemas dan tersusun untuk akses pantas kepada ciri-ciri kesihatan. -Amanz
MYSEJAHTERA merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular beberapa tahun dahulu, di mana ia digunakan untuk tujuan vaksinasi COVID-19.

Ringkasan AI
  • MySejahtera kini hadir dengan kemas kini besar yang memperkenalkan antara muka baharu yang lebih moden, kemas dan tersusun untuk akses pantas kepada ciri-ciri kesihatan.
  • Aplikasi ini kini lebih fokus sebagai platform rekod kesihatan, membolehkan pengguna melihat data vaksinasi, saringan kesihatan, dan janji temu, dengan perancangan untuk integrasi maklumat makmal, preskripsi dan ringkasan rawatan pada fasa seterusnya.
  • Ciri keselamatan tambahan turut diperkenalkan untuk melindungi akses kepada rekod kesihatan, dan kemas kini ini kini boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone dan Android.

Sejak daripada itu, ia turut diperluaskan untuk penggunaan beberapa ciri kesihatan lain, termasuk untuk tempahan janji temu di klinik atau hospital, butiran vaksinasi, dan ciri-ciri lain.
Terbaharu, MySejahtera memperkenalkan kemas kini besar pada aplikasi mereka, di mana kini ia hadir dengan rekaan antara muka yang baharu.
Rekaan baharu dilihat lebih kemas dan tersusun berbanding sebelum ini. Ia juga tampak lebih moden, dan segala menu disusun untuk akses pantas berasaskan penggunaan – sebagai contoh untuk melakukan janji temu.
Pada masa sama, bahan promosi dan informasi juga tidak begitu mengganggu, dan diintegrasikan dengan kemas pada aplikasi MySejahtera.
Kemas kini baharu ini juga ditekankan sebagai aplikasi yang dituju untuk rekod kesihatan, sekali gus memudahkan anda melihat pelbagai sejarah berkaitan kesihatan melaluinya.
Melalui halaman penerangan, ia turut dinyatakan yang mana maklumat dan data kesihatan seseorang pengguna akan diintegrasikan ke MySejahtera secara berperingkat, di mana untuk fasa pertama ini, pengguna boleh melihat data vaksinasi, saringan kesihatan, janji temu di klinik atau hospital.
Bergerak ke hadapan, MySejahtera turut akan mengintegrasikan maklumat seperti keputusan dari makmal, preskripsi, dan juga ringkasan ketika keluar dari pusat rawatan.
Aplikasi MySejahtera baharu ini turut mempunyai saringan keselamatan tambahan apabila ingin mengakses rekod kesihatan melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengemas kini aplikasi anda hari ini, dan menikmati antara muka dan ciri baharu yang hadir bersama dengannya.
Kemas kini baharu ini boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone dan Android hari ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#antara muka baharu
#platform rekod kesihatan
#Ciri keselamatan tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan