Skip to main content

Malaysia

Aplikasi Waze berpotensi diharamkan sepenuhnya - PM Anwar

Anwar (foto) berkata keputusan itu bergantung kepada penelitian terhadap kemampuan alternatif sedia ada, dengan keselamatan negara kekal sebagai keutamaan berbanding kemudahan penggunaan aplikasi berkenaan. -Gambar fail
Anwar (foto) berkata keputusan itu bergantung kepada penelitian terhadap kemampuan alternatif sedia ada, dengan keselamatan negara kekal sebagai keutamaan berbanding kemudahan penggunaan aplikasi berkenaan. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya aplikasi Waze jika alternatif tempatan mempunyai keupayaan mencukupi.
  • Larangan penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam kekal berkuat kuasa demi keselamatan negara dan perlindungan data kerajaan.
  • Keputusan lanjut bergantung kepada penelitian terhadap kemampuan alternatif tempatan, dengan kebimbangan utama berkaitan undang-undang Israel dan risiko keselamatan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi Waze sekiranya alternatif tempatan yang tersedia mempunyai keupayaan mencukupi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu bergantung kepada penelitian terhadap kemampuan alternatif sedia ada, dengan keselamatan negara kekal sebagai keutamaan berbanding kemudahan penggunaan aplikasi berkenaan.

“Saya tidak akan membenarkan penjawat awam menggunakannya dalam apa jua keadaan. Waze diharamkan.

“Kita perlu mengkaji alternatif yang tersedia. Jika kita mendapati keupayaannya sudah cukup baik, kita mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan alternatif yang ada.

“Bagaimanapun, buat masa ini, larangan itu kekal berkuat kuasa,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Al Mustaqim, di sini, hari ini.

Mengulas kontroversi berhubung keputusan berkenaan, beliau mengakui kelemahan alternatif tempatan menjadi antara isu yang dibangkitkan, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya mengatasi kepentingan keselamatan negara.

“Kebimbangan utama bukan sekadar lokasi operasi sesebuah syarikat, sebaliknya pemakaian undang-undang Israel terhadap perjanjian penggunaan aplikasi berkenaan.

“Perkara itu memerlukan perhatian serius bagi memastikan maklumat kerajaan dan rakyat tidak terdedah kepada risiko keselamatan,” katanya lagi.

Justeru, penelitian terhadap alternatif tempatan perlu diteruskan sebelum sebarang keputusan lanjut berhubung larangan menyeluruh aplikasi Waze diputuskan.

Pada Rabu, kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan keputusan itu diambil selepas mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang rejim itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tindakan kerajaan terhadap penggunaan aplikasi Waze oleh penjawat awam? 
    A: Kerajaan telah melarang penggunaan aplikasi Waze dalam kalangan penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna.
  • Q: Apakah sebab utama larangan penggunaan Waze oleh kerajaan? 
    A: Larangan dibuat kerana kebimbangan terhadap keselamatan negara, khususnya risiko maklumat kerajaan dan rakyat terdedah kepada penyalahgunaan oleh rejim Israel melalui aplikasi tersebut.
  • Q: Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk mengharamkan Waze sepenuhnya? 
    A: Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan Waze sekiranya alternatif tempatan yang tersedia mempunyai keupayaan mencukupi.
  • Q: Apakah isu yang dibangkitkan berkaitan alternatif tempatan kepada Waze? 
    A: Perdana Menteri mengakui kelemahan alternatif tempatan menjadi antara isu yang dibangkitkan, namun menegaskan kepentingan keselamatan negara lebih utama.
  • Q: Apakah langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan mengenai larangan Waze? 
    A: Penelitian terhadap alternatif tempatan akan diteruskan sebelum sebarang keputusan lanjut berhubung larangan menyeluruh aplikasi Waze diputuskan.

Must Watch Video

Advertisement