Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pegawai bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati di sini pada petang Sabtu.
Pemangku Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Azmi Abdul Latiff berkata kesemua mangsa berusia 22 tahun yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berjaya menemui jalan keluar di Kemensah, Hulu Klang kira-kira pukul 3.20 petang tadi setelah berhubung melalui aplikasi WhatsApp selepas sesat di lokasi berkenaan.
"Bomba menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa lelaki kira-kira pukul 1.55 petang dan tiba ke lokasi mereka mula mendaki di Kemensah pada pukul 2.40 petang.
"Selepas berjaya mendaki Bukit Tabur, mereka dilaporkan tersasar jauh sejauh lima kilometer ketika hendak turun dari bukit berkenaan dan menuju semula ke tempat mereka mendaki iaitu di Kemensah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Mohd Azmi berkata memandangkan tiada kecederaan berlaku kepada mereka, pihaknya hanya memberi arahan serta petunjuk untuk mereka keluar dari kawasan dilaporkan sesat berdasarkan lokasi yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp.
Tambahnya, mangsa mula mendaki di Kemensah pada pukul 8 pagi dan ini merupakan pengalaman kali pertama mangsa ke Bukit Tabur.
"Mereka hanya mengikut sekumpulan pendaki menuju ke puncak bukit tetapi mereka bertiga turun sendiri dari puncak untuk pulang dan ini menyebabkan mereka sesat," katanya sambil menambah hujan lebat serta aliran trafik yang sesak menyebabkan bomba lambat tiba di lokasi kejadian.
Beliau berkata kesemua mangsa kelihatan letih selepas berjaya keluar daripada lokasi mereka dilaporkan sesat.
Katanya seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan tiga anggota polis menyertai operasi berkenaan.
Bernama
Sun Dec 06 2015
Pihak Bomba dan Penyelamat hanya memberi arahan serta petunjuk untuk mereka keluar dari kawasan dilaporkan sesat berdasarkan lokasi yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air
Orang awam diharap tidak melakukan aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air dalam musim hujan ini.
JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik
Setibanya anggota JBPM di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas.
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Mangsa warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.
Lelaki maut dihempap batu kuari
Mangsa Loi Thiam Fatt, 56, disahkan maut oleh pegawai perubatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu.
Tragedi Bukit Kukus: Pasukan SAR turut selamatkan kucing yang tertimbus
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong yang masuk hari kedua telah menyelamatkan seekor kucing.