ALOR GAJAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka akan memperluas pelaksanaan program Kampung Siaga di negeri itu secara berperingkat dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan persiapan awal penduduk sekiranya berdepan dengan sebarang bencana seperti banjir.
Pengarahnya Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata menerusi program itu, penduduk di sesuatu kawasan atau komuniti akan diberikan latihan asas dan pendedahan awal menghadapi sebarang bencana dan kecemasan seperti menyelamat dan pertolongan cemas termasuk teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR) sementara menunggu ketibaan bantuan daripada pihak berkuasa.
"Buat permulaan kami laksanakan program rintis Kampung Siaga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan ia akan diperluaskan ke DUN serta Parlimen lain di Melaka khususnya yang mempunyai 'hotspot' banjir yang telah dikenal pasti pihak berkuasa.
"Kami mengalu-alukan penduduk atau masyarakat setempat untuk menyertai program Kampung Siaga ini sekiranya ia dilaksanakan di kawasan mereka terutama di tempat yang sering berlaku banjir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti DUN Gadek di sini pada Ahad.
Majlis berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek VP Shanmugam dan turut disertai kira-kira 60 penduduk di DUN berkenaan.
Kamarulsyah berkata latihan dan pendedahan awal berkenaan juga bertujuan mengurangkan risiko kehilangan nyawa atau kecederaan sekiranya penduduk ditimpa sesuatu bencana atau kemalangan.
Beliau berkata program Kampung Siaga juga bertujuan memperkenalkan fungsi dan peranan APM dalam situasi kecemasan, bencana dan sebagai pasukan penyelamat serta sekretariat pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah.
Dalam perkembangan lain, katanya situasi 'air termenung' yang berlaku di Jasin khususnya di Sungai Rambai susulan banjir sejak lebih seminggu lepas adalah ekoran kedudukan kawasan terlibat rendah dan berada berhampiran sungai.
"Situasi ini juga berlaku apabila terjadinya air laut pasang sehingga menyebabkan kadar surut air agak perlahan dan ia dijangka mengambil beberapa hari lagi untuk pulih sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Kamarulsyah dan VP Shanmugam (tengah) ketika hadir pada Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti DUN Gadek di Alor Gajah, pada Ahad. - Facebook APM Melaka
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza
Kontena tersebut antara lain berisi tepung gandum, pek penjagaan diri, kotak bantuan dan ubat-ubatan, dibawa masuk secara berperingkat.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.
AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore
Jambatan itu runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal pengangkut kargo besar hilang kawalan dan merempuh struktur Pelabuhan Baltimore.
Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.
50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi
Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.
ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar pada 16 Jun, 22 Jun
Ia bagi menyokong usaha bantuan kecemasan di Myanmar susulan bencana buruk akibat Siklon MOCHA bulan lalu.
24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar
Sekurang-kurangnya 24 puting beliung dilaporkan melanda Mississippi sejak Jumaat.
Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.
APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
Menerusi program itu, penduduk atau komuniti akan diberikan latihan asas dan pendedahan awal menghadapi sebarang bencana dan kecemasan.