KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan 295 cawangan Pertubuhan Peladang seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya satu platun pasukan Bantuan Pertahanan Awam Tindak Balas Kecemasan (CDA-ERT) menjelang akhir 2024.
Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima 50 anggota bagi pasukan CDA-ERT di ibu pejabat agensi itu dengan 12 daripada mereka menerima watikah pelantikan hari ini.
"Minimum bagi satu platun kita boleh rekrut ialah 33 anggota, jadi kita sasarkan di setiap negeri ada jumlah ini sebelum hujung tahun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasukan CDA-ERT LPP yang turut dihadiri Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim di sini hari ini.
Aminurrahim juga berkata anggota CDA-ERT akan bertindak sebagai mata, telinga dan mulut APM bagi menyampaikan maklumat awal sebelum sesuatu bencana berlaku.
"Contohnya peladang yang merupakan anggota CDA-ERT menyedari berlaku pergerakan tanah menjurus kepada tanah runtuh, mereka boleh laporkan dengan segera kepada APM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Pasukan Bantuan Pertahanan Awam Tindak Balas Kecemasan (CDA-ERT) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Menara LPP hari ini. - Foto BERNAMA
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).