awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM Terengganu agih 3,000 kit makanan kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
26/12/2023
12:54 MYT
APM Terengganu agih 3,000 kit makanan kepada mangsa banjir
Mohd Rosman berkata kit segera yang mengandungi makanan asas itu adalah bekalan makanan tambahan diberikan kepada ketua isi keluarga. - Gambar Bernama
JERTIH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mengagihkan kira-kira 3,000 kit makanan banjir kepada ketua isi rumah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat hari ini.
Pengarahnya Mohd Rosman Abdullah berkata jumlah tersebut diagihkan sejak gelombang pertama banjir pada November lepas hingga gelombang ketiga yang bermula Sabtu lepas.
"Jumlah itu adalah sebahagian daripada 6,000 kit makanan yang dibekalkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada APM Terengganu.
"Bilangan kit tersebut akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa daripada pihak NADMA," katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan di PPS Masjid Kampung La di Hulu Besut dekat sini petang tadi.
Mohd Rosman berkata kit segera yang mengandungi makanan asas itu adalah bekalan makanan tambahan diberikan kepada ketua isi keluarga.
Beliau berkata urusan penghantaran kit berkenaan dilakukan anggota APM menggunakan trak ke setiap PPS yang terlibat terutama apabila laluan sudah dapat dilalui kenderaan berat.
Sementara itu, beliau berkata usaha pemindahan mangsa banjir gelombang ketiga ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, membabitkan 750 anggota dan pegawai bertugas bagi membantu dan menyelamat mangsa banjir.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#APM
#PPS
#banjir
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan