awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Perak rampas 42 set bubu naga di perairan Lumut

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
08/08/2022
01:45 MYT
APMM Perak rampas 42 set bubu naga di perairan Lumut
Antara bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak. - Foto APMM Perak
LUMUT: Sebanyak 42 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak di perairan Tanjung Kepah, dekat sini pada petang Ahad.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata rampasan berkenaan dilakukan di kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika barat daya Tanjung Kepah, pada jam 1.30 petang.
Katanya rampasan juga dibuat susulan rondaan Op Pintas dan Op Sayong dilakukan APMM Perak yang telah mengesan penggunaan bubu naga di sekitar perairan tersebut.
“Kesemua 42 set bubu naga yang dijumpai itu diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Negeri Perak untuk tindakan lanjut.
“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu jelasnya penggunaan bubu naga secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh mengganggu habitat marin bagi tempoh masa panjang.
Tambahnya lagi ini kerana, bubu naga boleh mengancam habitat marin terutamanya ikan-ikan kecil di pesisir pantai dan mengakibatkan kepupusan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.
“Justeru, APMM Negeri Perak menyeru agar kegiatan perikanan jenis ini dihentikan dan sebarang maklumat berkaitan penggunaannya boleh disalurkan kepada Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#APMM Perak
#bubu naga
#rampasan
#Mohd Hambali Ya'akup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan