awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Selangor kesan warga emas jatuh laut

Bernama
Bernama
22/01/2023
09:40 MYT
APMM Selangor kesan warga emas jatuh laut
APMM Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, semalam. - Foto Facebook APMM
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, semalam.
Pengarahnya Kepten Maritim V.Siva Kumar berkata usaha mengesan S.Muniandy, 63, yang memasuki hari kedua bersambung pada 7 pagi tadi dengan dikoordinasikan Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru.
Beliau berkata operasi turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti nelayan setempat.
Siva Kumar berkata operasi itu mula diaktifkan pada 7.30 malam tadi dengan mengatur gerak bot PERKASA 36.
"Pihak APMM Selangor turut menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat hari ini dan menghantar bantuan di darat untuk pemantauan sekitar lokasi kejadian di pesisir pantai Tanjung Sepat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Siva Kumar, Muniandy, dipercayai jatuh ke dalam laut selepas anaknya menemukan motosikal, pakaian berupa kain sarung serta selipar milik Muniandy di hujung jeti kira-kira 11 pagi Jumaat lepas.
Beliau berkata Muniandy yang bekerja sebagai penimbang kelapa sawit kali terakhir dilihat memakai baju kemeja biru muda dan berseluar pendek warna coklat sebelum dilaporkan hilang di jeti berkenaan.
Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan serta situasi kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-3176 0627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM Selangor
#warga emas jatuh laut
#SAR
#Jeti Awam Tanjung Sepat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan