awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Selangor tahan bot, empat warga asing langgar syarat sah lesen

Bernama
Bernama
04/11/2025
12:01 MYT
APMM Selangor tahan bot, empat warga asing langgar syarat sah lesen
Maritim Malaysia Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama tekong serta tiga kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sabak Bernam, petang semalam.
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama tekong serta tiga kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sabak Bernam, dekat sini, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata bot bersama warga asing itu ditahan pada pukul 1.30 tengah hari, kira-kira 12.7 batu nautika dari daratan, ketika sedang leka menangkap ikan.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang tekong bersama tiga kru, kesemuanya warga Myanmar berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun.
"Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan permit kerja atau surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk berkerja di atas vesel berkenaan.
"Bot berkenaan juga melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah serta menggunakan pukat yang bersaiz kurang daripada 38 milimeter yang dilarang dalam aktiviti penangkapan ikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Muhaimin berkata bot serta semua warga asing terbabit termasuk 100 kilogram hasil tangkapan ikan campur dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut.
Kes juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan tiga kru terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#APMM Selangor
#tahan bot
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan