awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tahan tekong bersama empat warga asing cuba lintas sempadan ke Tanjung Balai

Bernama
Bernama
03/02/2024
11:28 MYT
APMM tahan tekong bersama empat warga asing cuba lintas sempadan ke Tanjung Balai
Menurut APMM, siasatan awal mendapati kesemua warga Indonesia itu cuba dibawa keluar dari perairan Malaysia menuju ke Tanjung Balai, Indonesia. - Foto Facebook APMM
JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan seorang tekong tempatan bersama empat lelaki warga Indonesia dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini menerusi laluan yang tidak dibenarkan, di kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Tanjung Piai, Pontian semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata warga asing berusia 25 hingga 38 tahun bersama tekong berumur 48 tahun itu ditahan selepas bot fiber tidak bernombor yang dinaiki mereka dikesan oleh bot ronda maritim di kawasan berkenaan kira-kira 8 malam.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua warga Indonesia itu cuba dibawa keluar dari perairan Malaysia menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.
Beliau berkata tekong dan empat warga asing bersama bot itu kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai dan diserahkan kepada Unit Siasatan Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor untuk siasatan lanjut.
Nurul Hizam berkata tekong itu disiasat mengikut Seksyen 26B Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala keempat-empat warga asing itu pula disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#APMM
#tahan tekong
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan