awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Terengganu rampas rokok putih bernilai RM1.2 juta

Bernama
Bernama
10/04/2023
05:22 MYT
APMM Terengganu rampas rokok putih bernilai RM1.2 juta
Pengarah APMM Terengganu, Kapten Maritim Khairulanuar Abdul Majid (kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dua juta batang rokok putih bernilai RM1.2 juta di muara Sungai Setiu di Setiu, semalam.
Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Khairulanuar Abdul Majid berkata aktiviti penyeludupan itu dikesan kira-kira 5.30 pagi berdasarkan maklumat risikan selama beberapa hari.
Beliau berkata sebuah bot APMM telah dikerah bagi melaksanakan Operasi Khas Seludup Rokok Putih (Op Serop) di lokasi yang dikenal pasti iaitu di perairan Besut dan maklumat itu kemudiannya disalurkan ke pasukan APMM di darat untuk penahanan.
"Hasil rondaan telah mengesan sebuah bot pancung enjin sangkut bergerak dalam keadaan mencurigakan.
"Menyedari kehadiran bot APMM, suspek yang berada di dalam bot berkenaan melarikan diri dengan memasuki kawasan cetek untuk meloloskan diri," katanya pada sidang media di Jeti APMM Terengganu di sini hari ini.
Mohd Khairulanuar berkata suspek berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam air dan gagal dikesan memandangkan keadaan persekitaran yang sangat gelap.
Beliau berkata bagaimanapun pasukan APMM darat berjaya mengesan sebuah lori lima tan dalam keadaan mencurigakan di kawasan sekitar muara Sungai Setiu.
"Pemeriksaan menemukan 200 kotak besar rokok putih seludup yang dibalut dengan plastik hitam dalam lori berkenaan. Kita masih menyiasat sumber rokok terbabit yang dipercayai untuk edaran dalam Terengganu," katanya.
Khairulanuar berkata APMM Terengganu akan meningkatkan kawalan di sekitar perairan negara untuk membendung aktiviti pencerobohan dan penyeludupan yang semakin berleluasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM Terengganu
#seludup
#Rokok putih
#Sungai Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan