GADGETS
Apple dilapor tunggu lengan robotik sebelum pindah pengeluaran iPhone ke AS

Apple merancang untuk memindahkan pengeluaran iPhone kembali ke Amerika Syarikat dengan pelaburan $500 bilion untuk fasiliti dan teknologi pengilangan di California. -Gambar fail/Reuters
BARU-BARU ini, kami ada melaporkan bahawa Apple dijangka akan memindahkan pengeluaran peranti iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat ke India untuk mengelakkan tarif 145 peratus apabila mengimport produk dari negara China.
Ringkasan AI
- Apple dijangka memindahkan pengeluaran iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat ke India untuk mengelakkan tarif 145% apabila mengimport dari China.
- Apple merancang untuk memindahkan pengeluaran iPhone kembali ke Amerika Syarikat dengan pelaburan $500 bilion untuk fasiliti dan teknologi pengilangan di California, menunggu lengan robotik untuk pemasangan.
- Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, menyatakan Apple akan mengambil pekerja untuk mengoperasi mesin, bukan untuk kerja manual, tetapi ini masih spekulasi kerana tiada kenyataan rasmi dari Tim Cook.
Perkara tersebut dikatakan oleh Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Howard Lutnick yang turut mengatakan bahawa Apple bukan sahaja akan mereka peranti-peranti iPhone mereka di California, tetapi juga akan membinanya di sana.
Howard Lutnick mengatakan lagi bahawa Tim Cook memberitahu beliau bahawa Apple sedang menunggu untuk “lengan robotik” yang boleh digunakan untuk pemasangan peranti-peranti mereka.
Apple dijangka akan memulakan proses pembangunan kilang pengeluaran peranti mereka sendiri pada saat dimana lengan-lengan robot ini tiba di negara tersebut.
Perkara ini cukup menarik kerana Lutnick turut mengatakan bahawa Apple akan mengambil pekerja untuk mengoperasi mesin-mesin ini, dan bukan untuk melakukan kerja manual seperti memutarkan skru dan melekapkan komponen kepada rangka telefon.
Ini semua hanya dilihat sebagai spekulasi buat masa ini kerana Tim Cook tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan pemindahan pengeluaran iPhone ke Amerika Syarikat buat masa ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami