GADGETS
Apple perkenal antara muka baharu 'Liquid Glass'

Apple memperkenalkan antara muka baharu dinamakan Liquid Glass yang menyeragamkan rekaan visual merentas semua sistem operasi mereka, diinspirasikan daripada visionOS dengan elemen kaca dan lut sinar. -Amanz
BERSAMA-SAMA penjenamaan semula angka versi untuk sistem operasi, Apple pada WWDC kali ini memperkenalkan pembaharuan pada antara muka yang digunakan pada sistem operasi mereka, menjadikan ia selari pada semua sistem operasi.
Ringkasan AI
- Apple memperkenalkan antara muka baharu dinamakan Liquid Glass yang menyeragamkan rekaan visual merentas semua sistem operasi mereka, diinspirasikan daripada visionOS dengan elemen kaca dan lut sinar.
- Antara muka ini menyokong tema cerah dan gelap, serta membolehkan lebih banyak elemen dimuatkan dengan menu yang boleh disembunyikan untuk pengalaman skrin lebih bersih dan menyeluruh.
- Pelbagai aplikasi Apple akan dikemas kini secara berperingkat dengan rekaan Liquid Glass ini, menjadikan pengalaman pengguna lebih moden dan konsisten.
Melaluinya, seperti pada namanya, ia memberikan kesan lebih kurang seumpama kaca, di samping elemen-elemen seumpama kaca dan lut sinar pada antara muka. Ia juga diselarikan pada tema gelap atau cerah.
Selari dengan pengenalan antara muka baharu ini, pelbagai aplikasi di bawah Apple turut dikemas kini dengan rekaan baharu menyuntik elemen “Liquid Glass” ini.
Apple mengatakan lebih banyak elemen dapat dimuatkan, di samping bahagian menu yang boleh dikecilkan atau disembunyikan apabila tidak digunakan – memberikan pengalaman penggunaan pada skrin lebih baik dan menyeluruh.
Dengan pengenalan rekaan antara muka baharu ini, kita mungkin melihat perubahan pada pelbagai aplikasi sedia ada secara berperingkat dari hari ke hari akan datang.
Untuk makluman juga, Microsoft sebelum ini pernah cuba dengan antara muka yang menggunakan elemen lebih kurang sama, iaitu kesan kaca dan lut sinar, dinamakan sebagai Aero Glass melalui Windows Vista.
Namun, penerimaan pengguna ketika itu adalah agak kurang memberangsangkan untuk rekaan antara muka tersebut. Mungkin pada peranti mudah alih, penerimaannya adalah berbeza. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami