awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Aquaman' hampir lemas dilambung ombak, hanyut 27 jam susulan tsunami di Tonga

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
01:45 MYT
'Aquaman' hampir lemas dilambung ombak, hanyut 27 jam susulan tsunami di Tonga
Lisala Folau berkata, dia hampir lemas sebanyak sembilan kali sebelum berjaya berpaut pada batang kayu dan berenang ke pantai. -AP
SYDNEY: Seorang lelaki berusia 57 tahun diberi gelaran "Aquaman" apabila ditemui selamat selepas dihanyut 27 jam di lautan susulan tsunami yang melanda Tonga pada Sabtu lepas.
Lisala Folau berkata, dia hampir lemas sebanyak sembilan kali sebelum berjaya berpaut pada batang kayu dan berenang ke pantai.
"Saya hampir putus asa kerana tangan saya sudah mula lemah.
"Tiba-tiba saya terjumpa sebatang kayu dan saya terus berpaut kepada kayu tersebut," katanya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu berjalan dengan sempurna, memetik laporan Reuters.
Letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa serta menyebabkan tsunami di gugusan kepulauan Tonga.
Ia turut menyebabkan kemusnahan pada kediaman dan resort selain menyebabkan sistem telekomunikasi terputus untuk 105,000 penduduk.
Folau, yang tinggal di Pulau Atata dengan populasi 60 orang, dihanyut ombak pada Sabtu malam.
"Saya terdengar anak saya memanggil saya namun saya tidak menjawab kerana tidak mahu dia cuba menyelamatkan saya.
"Ketika saya dihanyut ombak, saya terfikir saya akan menemui ajal, namun lega apabila saya sampai ke pantai semula," katanya.
Folau berkata, dia berjaya berenang sejauh 7.5 kilometer ke pulau besar Tongatapu dan tiba di daratan pada Ahad malam, 27 jam kemudian.
Berita kejayaan Folau tular di media sosial dengan kebanyakan netizen menggelarnya "Aquaman", merujuk kepada adi wira komik dan filem.
Apabila ditanya, Folau berkata dia tidak mengenali siapa itu "Aquaman".
Atata, yang terletak 8 kilometer di barat laut Nuku'alofa, atau kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot, musnah sepenuhnya akibat tsunami yang melanda kepulauan tersebut.
Topic Berkaitan
#Aquaman
#tsunami
#Lisala Folau
#Tonga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan