NATIONAL
Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah

Arab Saudi akan menambah baik laluan pejalan kaki itu dari semasa dan berharap laluan itu dapat diperluaskan untuk menghubungkan Muzdalifah dengan Mina pada masa akan datang. - Gambar fail/ Bernama
MAKKAH: Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang 'lembut' menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah bagi kemudahan jemaah haji terutamanya warga emas.
Ringkasan AI
- Kementerian Pengangkutan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki 'lembut' yang menghubungkan Arafah dan Muzdalifah bagi kemudahan jemaah haji, terutamanya warga emas.
- Laluan sepanjang 1,000 meter itu diperbuat daripada bahan campuran seperti bitumen, asfalt, dan getah, menjadikan permukaannya tidak keras dan selesa untuk berjalan.
- Laluan tersebut dicat dengan warna kelabu terang khas untuk mengurangkan haba dan memudahkan jemaah haji berjalan tanpa merasa sakit lutut atau kurang tekanan, menjadikannya lebih sesuai untuk orang yang sudah berumur.
"Orang ramai boleh berjalan kaki dari Arafah ke Muzdalifa menggunakan laluan ini dan tanpa berasa sakit lutut atau kurang tekanan pada lutut...seperti anda tahu orang yang sudah berumur apabila mereka berjalan, mereka sakit lutut dan sakit belakang, kami mahu menghasilkan sesuatu yang memudahkan mereka berjalan kaki," katanya.
Menurut Tareq, pihaknya akan menambah baik produk baharu (laluan pejalan kaki) itu dari semasa dan berharap laluan itu dapat diperluaskan untuk mengubungkan Muzdalifah dengan Mina pada masa akan datang demi keselesaan jemaah haji.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami