awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2023
16:43 MYT
Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac 2023.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023) selepas anak bulan tidak kelihatan pada Selasa.
Menurut portal gulfnews.com, sehubungan itu, 22 Mac (Rabu) merupakan hari terakhir bulan Syaaban.
Selain Arab Saudi, Kuwait juga mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis.
Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan waktu bekerja kepada sektor awam dan swasta di negara itu ketika bulan Ramadan.
Kementerian Sumber Manusia UAE mengeluarkan pekeliling dengan menetapkan waktu bekerja rasmi pekerja awam dan pihak berkuasa Persekutuan pada 9 pagi hingga 2.30 petang dari Isnin hingga Khamis.
Manakala 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat.
Sementara itu, bagi sektor swasta pula, syif kerja akan dikurangkan dua jam pada bulan Ramadan.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Ramadan di Arab Saudi
#waktu bekerja Ramadan
#anak bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan