awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad Pemburu Ikan Asing tangkap 75,000 kg ikan bandaraya
MBPP lupus dan tangkap 17,750 gagak, 10,171 merpati tahun lepas
Polis tahan 10 lagi individu bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi umum penalti 10,000 Riyal jika memasuki 7 kawasan tanpa permit haji

Bernama
Bernama
08/05/2024
07:37 MYT
Arab Saudi umum penalti 10,000 Riyal jika memasuki 7 kawasan tanpa permit haji
Penalti akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap dalam kawasan itu tanpa permit haji. - AP
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji. (SAR1=RM1.2)
Menerusi infografik yang dikongsikan kementerian itu di platform X, tujuh kawasan berkenaan adalah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
"Penalti akan berkuat kuasa mulai 2 hingga 20 Jun 2024", demikian menurut kementerian itu.
Kementerian itu menjelaskan penalti SAR10,000 berkenaan akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap dalam kawasan geografi tersebut tanpa permit haji.
Selain itu, individu bukan warganegara yang ditangkap akan diusir ke negara asal dan dikenakan larangan memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang.
Kementerian itu turut menegaskan kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji, dengan pesalah akan berdepan denda berganda bagi kesalahan berulang.
"Ini demi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji dalam melaksanakan ibadah, kekal diutamakan," katanya.
Undang-undang kerajaan Arab Saudi menetapkan pelanggaran peraturan dan arahan haji boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000.
Alat pengangkutan darat yang digunakan semasa kesalahan dilakukan akan disita.
Individu yang membawa pesalah, jika ekspatriat akan diusir selepas pelaksanaan hukuman dan dilarang memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang telah ditetapkan oleh undang-undang, selain berdepan risiko denda kewangan berganda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penalti
#Arab Saudi
#permit haji
#kawasan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan