awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arah angin dan titik panas di Kalimantan jadi punca tahap bahaya di Sri Aman - JAS Sarawak

Bernama
Bernama
20/09/2019
10:38 MYT
Arah angin dan titik panas di Kalimantan jadi punca tahap bahaya di Sri Aman - JAS Sarawak
Sri Aman setakat pukul 4 petang tadi mencatat bacaan IPU 409. - Gambar fail
Peningkatan drastik bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman, dekat sini, sehingga melebihi paras bahaya adalah disebabkan peningkatan asap yang dibawa angin dari Kalimantan, Indonesia apabila banyak titik panas dikesan.
Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Ahmad Saifful Salihin berkata lokasi Sri Aman yang mempunyai penduduk sekitar 100,000 orang pula berada paling hampir dengan negara jiran berkenaan menyebabkannya paling teruk terjejas.
Bercakap kepada Bernama, beliau tidak menolak kemungkinan kualiti udara di Sri Aman yang kini mencatatkan bacaan IPU tertinggi dalam negara akan semakin teruk, antara lain, sekiranya bilangan titik panas di Kalimantan terus meningkat.
"Angin sekarang bertiup dari arah barat daya ke arah Sri Aman membawa jerebu merentasi sempadan negeri Sarawak.
"Jadi faktor penentu kepada kualiti udara di sini (Sri Aman) adalah arah angin dan juga bilangan titik panas di Kalimantan," katanya.
Sri Aman setakat pukul 4 petang tadi mencatat bacaan IPU 409.
Bacaan IPU kawasan berkenaan melonjak secara drastik sejak pukul 8 pagi tadi dengan mencatatkan 402, sebelum terus meningkat pada paras bahaya, berbanding 12 tengah malam, semalam, hanya 236.
Selasa lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menyatakan kesediaan untuk sebarang kemungkinan pengisytiharaan darurat bencana jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman melebihi 500.
Selain jerebu rentas sempadan, isu kualiti udara di Sri Aman turut terjejas dengan kebakaran di tiga kawasan di daerah berkenaan yang meliputi kawasan seluas kira-kira 200 hektar.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam satu kenyataan, hari ini, keluasan kebakaran yang belum dapat dipadamkan hanya berbaki kira-kira 80 hektar, selepas operasi memadam masuk hari kelima hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jerebu
#Kalimantan
#kebajkaran hutan
#kesihatan
#pencemaran udara
#Sarawak
#Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan