awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan kerajaan Sarawak respons kepada surat Kementerian - Uggah

Bernama
Bernama
23/10/2018
11:51 MYT
Arahan kerajaan Sarawak respons kepada surat Kementerian - Uggah
UGGAH: Amat penting bagi JKKK di Sarawak diberikan maklum balas yang tepat. - BERNAMA/Fail
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini menjelaskan bahawa arahan kerajaan Sarawak yang menghalang ketua kampung dan ketua komuniti daripada menghadiri majlis anjuran Kerajaan Persekutuan adalah sebagai respons kepada surat yang diterima daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga membayar elaun ketua kampung serta ketua komuniti susulan keputusan Kementerian itu yang bertarikh 17 Mei yang memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menggantung semua bayaran yang melibatkan pelantikan, perpindahan dan elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Itu sebabnya arahan itu kita keluarkan.. ia hanya respons kerajaan negeri, amat penting bagi JKKK di Sarawak diberikan maklum balas yang tepat," kata beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di sini.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada arahan kerajaan Sarawak baru-baru ini menerusi satu surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Moshidi Abdul Ghani, yang mengarahkan ketua kampung dan ketua komuniti supaya tidak menghadiri mesyuarat serta acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan serta agensinya, atau yang dihadiri oleh menteri dari kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
"Sejak kepimpinan negara mengalami perubahan susulan Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, kerajaan negeri juga tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), yang merupakan agensi Kerajaan Persekutuan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Douglas Uggah Embas
#Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
#JKKK
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#ketua kampung sarawak
#ketua komuniti sarawak
#Pakatan Harapan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan