Ariff Abu Bakar tidak pernah menyangka menjadi artis bebas di United Kingdom (UK) jauh dari tanah airnya, boleh menjadi satu platform hebat untuk menyerlah dalam industri muzik.
Bermula tanpa mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Ariff Ab, nama pentasnya, berkata keputusan untuk meneroka industri muzik muncul selepas menyedari impiannya untuk menjadi ahli sukan tidak sesuai dengan personalitinya.
Dengan semangat tidak mahu mengalah, pemuda berusia 27 tahun dari Subang Jaya memenangi pertandingan nyanyian dan menulis lagu yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2009, dan ia memberikannya peluang untuk membuat persembahan di Ekspo Dunia 2010 di Shanghai.
"Dengan sedikit pendedahan untuk melangkah ke arena antarabangsa, saya mula keluar dan melihat dunia," katanya sambil menambah, selepas Shanghai, beliau membuat persembahan di Singapura, Indonesia, Thailand dan pada 2013 membuat satu lonjakan besar ke UK.
"Saya lebih terdedah di UK apabila saya melahirkan satu kumpulan pengikut komuniiti melalui SoundCloud (platform pengedaran audio dalam talian berpangkalan di Berlin, Jerman, yang membolehkan pengguna memuat naik, merakam, promosi dan berkongsi bunyi yang dihasilkan secara semula jadi). Di situlah saya mula berkecimpung dalam muzik sebagai karier saya," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini.
Beliau kemudian menyertai Navigator Records, sebuah syarikat rakaman bebas di UK, yang dijadikan platform untuk beliau mengadakan persembahan.
"Ketika itulah, penerbit BBC mendekati saya dan memilih saya untuk berada di kedudukan 40 teratas dalam rancangan bakat yang dikenali sebagai 'The Voice' pada 2014. Malangnya, saya tidak dapat menerima tawaran itu kerana masalah visa.
"Jadi, saya balik ke Malaysia dan menyusun semula strategi. Selepas itu, saya ditawarkan untuk satu siri jelajah selama dua bulan sekitar England di mana saya membuat persembahan di pelbagai venue hampir setiap hari dan lagu-lagu saya diputarkan di Radio BBC 1 and 2," kata Ariff yang ketika ini berada di Malaysia untuk bercuti.
Tahun lepas, runut muzik promosinya, "Crazy Love" dan "The Wolf" daripada album baharu keduanya "Blue Skeleton" dipaparkan dalam program BBC Music Introducing.
Album Blue Skeleton dengan 11 trek dijangka dikeluarkan di Malaysia dan UK selepas Hari Raya Puasa pada Jun, tahun ini.
Sementara itu, 3,000 salinan album debut pertamanya bertajuk "Transmission Vol.1" yang dilancarkan pada 2014 telah dijual.
"Saya sentiasa menulis lagu saya berdasarkan pengalaman hidup dan pemerhatian terhadap orang di sekeliling saya, dan dengan gabungan kesengsaraan dan inspirasi," katanya.
Ariff yang mempersembahkan genre alternatif "Indie Freak Folk" merupakan penyanyi-penulis lagu lelaki pertama Malaysia yang diundang untuk membuat persembahan di ibu pejabat Youtube-Google di London, tahun lepas.
Berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilaluinya di UK, pemegang diploma dalam perniagaan dan muzik dari International College of Music (ICOM) dan segulung ijazah dalam penyiaran dari International Advertising, Communication and Technology (IACT) College itu berkata ia bukan satu perjalanan yang mudah untuk menjadi terkenal sebagai artis bebas.
"Ia bukan seperti apabila anda berada di UK, anda boleh berasa relaks dan mengambil mudah. Tuntutannya sentiasa tinggi sebagai warga asing memandangkan keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan. Jadi, sebagai warga asing saya perlu buktikan bahawa saya lebih baik daripada mereka," katanya.
Walaupun telah mengadakan persembahan di platfrom antarabangsa, Ariff masih berasa takut semasa berada di pentas dan untuk mengatasi masalah itu, beliau sentiasa memakai topi semasa membuat persembahan dan kini telah menjadi trademarknya.
Mengenai langkah seterusnya, Ariff berkata dengan bantuan pengurusan bebas dan Decca Records UK, beliau berharap untuk bekerjasama dengan dua penyanyi yang juga penulis lagu Aurora Aksnes dari Norway dan Charlotte OC dari UK menjelang akhir tahun ini. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Ariff pernah menyertai Navigator Records, sebuah syarikat rakaman bebas di UK, yang dijadikan platform untuk beliau mengadakan persembahan. Gambar Facebook
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Ariff Ab, artis yang semakin menyerlah di UK
Ariff Abu Bakar tidak pernah menyangka menjadi artis bebas di United Kingdom (UK) jauh dari tanah airnya, boleh menjadi satu platform hebat untuk menyerlah dalam industri muzik.