PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
Menurutnya, laporan oleh mangsa tersebut dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk menulis sendiri surat kepada beliau, kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Atas isu keselamatan juga ada sesetengah stesen minyak pilih untuk tidak buat laporan kerana khuatir dan bimbang dengan keselamatan diri, pekerja dan premis mereka.
"Jadi kita ingin menghalang perkara ini daripada terus menjadi sistemik dan tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku.
"Inilah antara aspek pengurusan risiko yang kita ingin laksanakan melalui penyasaran semula subsidi diesel ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Pelakdanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) Bersama Industri Pengangkutan Barangan di KPDN di sini pada Selasa.
Mengulas isu sama, Armizan turut menggesa orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur penyeludupan atau ketirisan barang bersubsidi itu di kawasan masing-masing.
Ujarnya, aduan tersebut boleh dibuat melalui pelbagai platform yang disediakan kementerian.
"Saya mohon orang awam membuat aduan di platform aduan sedia ada kerana kebersamaan semua pihak cukup penting kerana ia melibatkan kepentingan ramai," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/660956/berita/nasional/armizan-dedah-ramai-pemilik-stesen-minyak-terima-ugutan
Sinar Harian
Tue Apr 23 2024
Armizan berkata, laporan oleh mangsa dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk menulis sendiri surat kepada beliau, kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.