awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armizan sangkal retorik Shafie 'juara' perjuang hak Sabah

Assim Hassan
Assim Hassan
20/10/2025
08:19 MYT
Armizan sangkal retorik Shafie 'juara' perjuang hak Sabah
Armizan (kiri) mendakwa mendakwa, Shafie cakap tidak serupa bikin apabila membangkitkan soal mempertahan hak dan kepentingan Sabah.
KUALA LUMPUR: Datuk Armizan Mohd Ali membidas Parti Warisan dan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilihat sebagai 'juara' memperjuang hak Sabah terutama dalam isu hak minyak dan gas, khazanah alam serta sempadan negeri.
Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, ini kerana Shafie didakwa gagal mempertahankan hak dan kepentingan Sabah semasa Rang Undang-Undang (RUU) Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat hingga berkuat kuasa pada Jun 2012.
"Retorik dilantun bahawa merekalah pejuang tegar hak dan kepentingan negeri. Tetapi ironinya, di mana suara Shafie pada tahun 2012 ketika menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kanan Kabinet Persekutuan?
"Mengapa beliau tidak tegas membangkitkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sama bila Kerajaan Persekutuan pada masa itu membentangkan RUU Laut Wilayah. (Ini seperti) cakap tidak serupa bikin," katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Isnin.
RUU Laut Wilayah telah menjadi Akta Parlimen dan berkuat kuasa pada 22 Jun 2012. Akta ini menetapkan had sempadan maritim Sabah kepada hanya tiga batu nautika.
Ia mengubah sempadan asal maritim negeri sebagaimana yang termaktub dalam The North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council, 1954.
Selain itu, Armizan menambah, berbeza dengan pentadbiran kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor apabila bertegas Sabah tidak menerima Akta Laut Wilayah 2012 yang mengehadkan sempadan negeri kepada tiga batu nautika.
Katanya, pendirian kerajaan negeri di bawah GRS jelas tidak mengiktiraf Akta 750 yang mengehadkan sempadan negeri Sabah kepada tiga batu nautika kerana ia tidak pernah dirujuk dan mendapat persetujuan DUN.
"Hasil suara tegas Kerajaan GRS-PH dan Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan bersetuju selain meluluskan Akta Pemerangkapan, penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025.
"Akta itu hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan tetapi tidak di Sabah serta Sarawak," katanya.
Topic Berkaitan
#Perlembagaan Persekutuan
#Armizan Mohd Ali
#kedaulatan sabah
#hak sabah
#Khazanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan