awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arshad Ayub tidak setuju Mara hanya tumpu sektor pendidikan

Shafizan Johari
Shafizan Johari
30/01/2020
16:40 MYT
Arshad Ayub tidak setuju Mara hanya tumpu sektor pendidikan
Arshad percaya, peluang pasti akan wujud jika Mara terus menceburi bidang-bidang lain.
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak wajar hanya fokus kepada bidang pendidikan, kata bekas Ketua Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) Tan Sri Arshad Ayub.
Bagaimanapun, tokoh pendidikan itu mengakui risiko yang diambil dalam bidang bukan pendidikan tidak boleh ‘berlarutan’.
Pendapat itu menyusul kenyataan Pengerusi Mara Hasnita Hashim bahawa pihaknya akan meneruskan usaha pengurangan kerugian dan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor pendidikan.
“Nak fokus dalam pendidikan latihan tidak mencukupi,” kata Arshad ketika ditemui dalam rancangan Agenda AWANI.
Kata tokoh berusia 91 tahun itu, Akta Mara jelas menunjukkan agensi itu tidak tertakluk kepada bidang pendidikan sahaja sebaliknya merangkumi bidang lain seperti sektor keusahawanan dan sektor pembangunan demi pemerkasaan sosio-ekonomi bumiputera.
Beliau percaya, peluang pasti akan wujud jika Mara terus menceburi bidang-bidang lain.
Sebuah portal berita pada awal bulan lalu memetik kenyataan Hasnita yang membayangkan Mara akan menutup kegiatan-kegiataan dagangannya, disebalik bantahan beberapa pihak terhadap rancangan menutup syarikat korporatnya, Mara Corporation Sdn. Bhd.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Bumiputera
#MARA
#pelaburan
#pendidikan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan