KUALA LUMPUR: Asas menangani pandemik bagi sesebuah negara adalah dengan memiliki pasukan saintis dan perubatan terbaik, demikian kata Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata, biarpun negara mempunyai pasukan terbaik yang diperlukan, tanggungjawab menangani COVID-19 bukan hanya tugas Kementerian Kesihatan (KKM).
"Kami bermesyuarat setiap pagi jam 8, semua menteri dan kementerian terlibat. Ketua Pengarah Kesihatan akan mengetuai perbincangan yang sangat mendalam kerana pandemik tak boleh diuruskan oleh KKM sendirian.
"Perlu ada kerjasama penguatkuasaan polisi, sistem perumahan, sistem keselamatan sosial, yang semuanya berkaitan dengan pendidikan dan kehidupan.
"Jadi, ia memerlukan pendekatan yang berbeza, memerlukan pasukan yang berlainan untuk bekerjasama.
"Tetapi keperluan dalam menangani pandemik dengan berjaya adalah kepercayaan. Kalau ada sesuatu yang kita perlu tambah baik, ialah kepercayaan, di mana anda boleh beri bukti yang jelas setiap masa, komunikasi yang jelas dan anda beri ruang untuk dengar semua orang," katanya ketika diwawancara dalam LINC Live Session: Leaders Speakeasy, pada Rabu.
Jemilah turut berkongsi peranannya sebagai penasihat kesihatan awam kepada perdana menteri.
Tidak seperti yang disangka ramai, tugas beliau bukan sekadar memberi arahan.
"Apa yang saya fokuskan ialah melakukan analisis mendalam tentang apa yang kita lihat sudah berlaku. Dalam kes COVID-19, ia seperti membuang 'band aid' daripada luka, kita nampak masalahnya.
"Kita ada sistem kesihatan yang sangat baik, lebih baik daripada kebanyakan negara tetapi di mana kita boleh perbaiki, apa lagi yang kita perlu buat dalam aspek akses perkhidmatan kesihatan?
"Apa yang perlu saya buat sekarang ialah bekerja dengan KKM dan pihak lain juga untuk beri laporan kepada perdana menteri, iaitu ini yang kita belajar dan apa yang perlu ditambah baik.
"Yang jelas adalah, KKM perlu kerjasama semua pihak," tambahnya.
Dalam masa yang sama, Jemilah menegaskan kepentingan komunikasi berkesan terutama dalam aspek pemahaman prosedur operasi standard (SOP).
"Pertama sekali, kita menghadapi pandemik yang tidak pernah dihadapi sesiapa. Jadi, semua orang masih belajar, seperti memandu kereta dan menukar tayar, dalam masa yang sama.
"Kedua, pendapat peribadi saya, komunikasi adalah satu kemahiran. Jika anda tidak memilikinya, cari orang yang mampu melakukannya.
"Adakah kita boleh jadi lebih baik? Tentu sekali. Tetapi kena faham juga, kerana semua orang tertekan dan penat. Dan keadaan ini sudah berlarutan dalam tempoh yang lama," ujarnya.
Madiha Abdullah
Wed Apr 07 2021
JEMILAH: Keperluan dalam menangani pandemik dengan berjaya adalah kepercayaan. Kalau ada sesuatu yang kita perlu tambah baik, ialah kepercayaan. - Gambar fail
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.