MALAYSIA
ASB 3 Didik isytihar agihan pendapatan 5.25 sen seunit

Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak RM423 juta untuk ASB 3 Didik bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
Ringkasan AI
- Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak RM423 juta untuk ASB 3 Didik bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
- Pengagihan ini bersamaan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang memiliki 8.12 bilion unit keseluruhan.
- Pulangan 5.25% ini mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51%, dengan kelebihan 274 mata asas.
Katanya sehingga 19 Jun lepas, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM539.10 juta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami