Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara

Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara.
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat, menurut hantaran itu.
Sementara itu, Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
"Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan," kata beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


