PETALING JAYA: Negara-negara ASEAN perlu mewujudkan kerjasama di peringkat serantau untuk memerangi jenayah penipuan dalam talian dalam kalangan anggotanya, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata penjenayah penipuan dalam talian sentiasa mencari kelompongan dalam undang-undang di negara-negara lain.
"Undang-undang yang terpakai di Malaysia mungkin tidak terpakai di negara jiran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 di Menara CelcomDigi di sini semalam.
Katanya ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN baru-baru ini hampir setiap negara anggota ASEAN membangkitkan isu berkenaan.
"Wujud satu keperluan untuk kerjasama kerajaan dengan kerajaan dan polis dengan polis (antara negara anggota ASEAN).
"Perlu ada satu rangka kerja serantau untuk urus pemindahan data seperti ASEAN memahami perkara asas undang-undang," katanya.
Beliau berkata setiap tahun Malaysia mencatatkan kerugian lebih setengah bilion ringgit menerusi jenayah scam sementara Singapura mencatatkan kerugian lebih dua bilion dolar Singapura simpanan rakyatnya.
"Scammer sangat kreatif dalam menjalankan penipuan dalam talian namun ia bukanlah industri kreatif yang Kementerian Komunikasi dan Digital ingin bangunkan.
"Asas (dalam memerangi penipuan dalam talian) ialah sikap rakyat itu sendiri iaitu sentiasa awas dan berwaspada," kata Fahmi.
Beliau turut mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sesuatu berhubung inisiatif memerangi penipuan dalam talian dalam Belanjawan 2023 minggu depan.
Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 yang dilancarkan Sabtu adalah anjuran bersama CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS).
Program sempena sambutan Hari Keselamatan Internet (SID) 2023 bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna tentang kaedah mengenali panggilan scam, tatacara serta modus operandi scam yang terkini serta berkongsi tips dan panduan bagi menghindari daripada menjadi mangsa scam atau ancaman siber yang lain.
Majlis pada Sabtu merupakan 'kick-off' kepada siri penjelajahan ke beberapa negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Fahmi berkata penjenayah penipuan dalam talian sentiasa mencari kelompongan dalam undang-undang di negara-negara lain. -Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.