awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset ketenteraan baharu bantu negara bersedia pertahan kedaulatan, hadapi isu Laut China Selatan

Bernama
Bernama
21/08/2024
09:46 MYT
Aset ketenteraan baharu bantu negara bersedia pertahan kedaulatan, hadapi isu Laut China Selatan
Mohamed Khaled berkata, TLDM dijangka menerima kapal pertama LMS dari Turkiye pada Oktober 2027, manakala penghantaran pertama bagi LCS pada 2026. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perolehan aset ketenteraan seperti kapal misi pesisir (LMS), kapal tempur pesisir (LCS) dan pesawat tempur ringan FA-50 oleh kerajaan penting bagi mempertahankan kedaulatan negara termasuk lebih bersedia dalam menghadapi isu di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ketika ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima kapal pertama LMS dari Turkiye pada Oktober 2027, manakala penghantaran pertama bagi LCS pada 2026.
"Kita tahu pergolakan di Laut China Selatan, kita tahu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, kita tahu dinamiknya kawasan itu, jadi ini antara aset-aset yang kita telah berjaya beli dan Insya-Allah akan bantu kita.
"Pembinaan kapal LCS yang telah bermula daripada 2011 pada ketika ini berjalan mengikut jadual, dalam tempoh kerajaan yang ada pada hari ini Insya-Allah akhirnya kapal LCS untuk negara kita akan dapat disiapkan," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada PENTalk, yang antara lain membentangkan pencapaian kementerian dan negeri yang diterajui pemimpin UMNO, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata pihaknya juga yakin tiga kapal LMS daripada Turkiye yang dibeli dengan kos membabitkan RM2.5 bilion turut akan siap mengikut jadual.
Pada Mei lepas, kapal LCS pertama yang dibina telah berjaya diluncurkan ke permukaan air selama setahun setengah bagi menguji kestabilan dan keutuhan kapal selain membolehkan pihak limbungan menyiapkan keperluan integrasi sistem sebelum pelaksanaan pelbagai ujian platform dan sistem kombat.
Pada Mei 2023, Malaysia dan Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak bernilai hampir RM4 bilion untuk perolehan 18 pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20, yang kemudian dinamakan sebagai FA-50M (Malaysia).
Program PENTalk anjuran Penerangan UMNO menjadi platform kepada pimpinan parti itu berkongsi kejayaan dan memberi pencerahan kepada ahli dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PENTalk yang dihadiri kira-kira 700 ahli UMNO termasuk Ketua Penerangan bahagian menjadi medan kepada menteri, ketua menteri dan menteri besar daripada UMNO untuk berkongsi pencapaian masing-masing dalam menerajui kementerian dan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertahanan
#aset ketenteraan
#Kapal LCS
#mihamed khaled nordin
#Laut China Selatan
#kedaulatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan