awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset saya bernilai lebih RM50 bilion, jika kekal dalam perniagaan - Daim

Bernama
Bernama
12/01/2024
07:50 MYT
Aset saya bernilai lebih RM50 bilion, jika kekal dalam perniagaan - Daim
DAIM: Keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri saya dan keluarga saya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dengan memiliki aset-aset dan hartanah melalui aktiviti perniagaan yang sah sebelum terlibat dalam kancah politik.
Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin berkata jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion.
"Sebelum menyertai politik dan memegang jawatan awam, saya merupakan seorang ahli perniagaan yang agak berjaya dan kaya.
"Keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri saya dan keluarga saya," katanya menerusi afidavit sokongan yang difailkan pada 10 Jan lepas.
Afidavit sokongan itu difailkan bersama permohonan Daim dan ahli keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar siasatan yang dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Daim pada atau sekitar 1969, beliau menceburi bidang perniagaan yang diasaskan bersama rakan kongsi lain iaitu sebuah syarikat pembangunan tanah dikenali sebagai Syarikat Maluri Sdn Bhd.
Katanya, syarikat itu (Maluri) bertanggungjawab membangunkan perbandaran yang dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 bilion.
"Saya juga merupakan pemilik Malaysian French Bank dan kemudian UMBC (kini RHB). Saya juga mempunyai kawalan serta kepentingan dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia.
"Sebanyak 10 peratus kepentingan saya dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion," katanya menerusi afidavit itu.
Pada 10 Jan, Daim, 85, dan isterinya Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid, 66, serta empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta Ilham Tower Sdn Bhd selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan SPRM dan Pendakwa Raya selaku responden pertama hingga kedua.
Dalam permohonan itu, pemohon berkata pada 30 Dis 2023, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan terhadap Daim telah dibuka berdasarkan maklumat daripada "Pandora Papers".
Menurut Daim, Pandora Papers adalah fail sulit yang tersebar pada 2021 yang mendedahkan nama pemilik syarikat luar pesisir, aset, dan akaun bank di luar negara yang di luar bidang kuasa Malaysia, namun beliau mendakwa fail terbabit tidak menyatakan sebarang kesalahan dilakukan olehnya dan keluarga.
Oleh itu, mereka antara lainnya memohon satu perintah antaranya supaya SPRM dan pegawainya membatalkan semua penyiasatan yang dimulakan terhadap mereka sejak Februari 2023 sehingga kini dan membatalkan semua notis yang dikeluarkan oleh SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#ahli perniagaan berjaya
#aset dan hartanah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan