awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun

Bernama
Bernama
19/05/2023
14:13 MYT
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sepanjang tempoh sama, 21 daripada 30 ladang babi komersial yang dikesan positif wabak ASF sebelum ini telah dilupuskan dengan kaedah pelemasan menggunakan gas karbon dioksida. - Gambar hiasan/pixabay
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.
Pengarah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata sepanjang tempoh sama, 21 daripada 30 ladang babi komersial yang dikesan positif wabak ASF sebelum ini telah dilupuskan dengan kaedah pelemasan menggunakan gas karbon dioksida.
Katanya baki sembilan lagi ladang babi pula diarahkan menyembelih babi di rumah sembelih yang ditetapkan sebelum ia dijual setelah ujian kali kedua mendapati haiwan di situ negatif ASF.
"Secara keseluruhannya 27,344 ekor babi dilupuskan setakat ini dengan 26,570 ekor daripadanya dimatikan menggunakan gas karbon dioksida manakala selebihnya dilaporkan mati sendiri di ladang.
"Ketika ini jumlah ladang disyaki positif ASF adalah lima iaitu satu di Seberang Perai Utara dan empat lagi di Seberang Perai Selatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu Saira Banu berkata setakat ini, Pulau Pinang masih bebas daripada kes rabies dengan kali terakhir kes positif jangkitan virus itu dilaporkan di negeri ini kira-kira lapan tahun lepas.
Katanya setiap tahun pihaknya akan mengaktifkan survelan dan persampelan bagi mengesan virus itu dalam kalangan anjing yang berisiko, dan sehingga kini keputusan yang diterima adalah negatif.
Beberapa media sebelum ini melaporkan 11 kes rabies dikesan di Sarawak bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Mei lepas dengan sembilan kematian direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak kini mencecah 66 kes dengan 59 kematian secara keseluruhannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkitan
#kes positif
#Babi
#rabies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan