awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ashabul Kahfi: Pendakwah perlu pelihara adab, amal sikap tawaduk - Mohd Nai'im

Bernama
Bernama
23/12/2023
06:20 MYT
Ashabul Kahfi: Pendakwah perlu pelihara adab, amal sikap tawaduk - Mohd Nai'im
Datuk Mohd Nai'im Mokhtar berkata, pendakwah juga perlu menghayati nilai hikmah, demi memelihara perpaduan masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan sejahtera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Para agamawan diingatkan untuk bersikap cermat, memelihara adab serta tawaduk atau rendah diri dalam berdakwah dan menyebarkan risalah agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai'im Mokhtar berkata, pendakwah juga perlu menghayati nilai hikmah, demi memelihara perpaduan masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan sejahtera.
"Sebarang ucapan dan ceramah berbaur sentimen perpecahan dan kebencian sesama sendiri perlu dihentikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang pendakwah yang mencemuh dan membuat tohmahan terhadap seorang pemimpin negara yang disifatkan sebagai sesat serta jahil ketika membincangkan kisah Ashabul Kahfi (pemuda al-Kahfi) di dalam al-Quran kepada penjawat awam, baru-baru ini.
Mohd Na’im berkata, hakikatnya, pemimpin negara itu tidak pernah menyifatkan para pemuda Ashabul Kahfi sebagai golongan tidak beriman, sebaliknya mempertegaskan keimanan mereka dalam ucapan beliau dan mengajak penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah mereka.
Malah, beliau berkata, huraian pemimpin negara itu terhadap konteks peristiwa itu juga adalah tepat sebagaimana rujukan sumber tafsir dan tulisan ilmiah iaitu kisah Ashabul Kahfi berlaku di zaman pemerintahan kaum Nasrani atau Kristian.
Beliau berkata, huraian pemimpin negara itu juga selari dengan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang boleh dirujuk dalam "Irsyad Al-Hadith Siri ke-50: Kisah dan Bilangan Ashabul Kahfi” dikeluarkan pada April, 2016 dan "Bayan Linnas Siri ke-286: Adakah Ashab al-Kahfi Beragama Kristian?” pada Disember, 2023.
Justeru, Mohd Na’im menyeru umat Islam untuk sentiasa merujuk isu dan permasalahan keagamaan kepada pihak berkuasa agama Islam seperti Pejabat atau Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri yang berautoriti dalam perkara berkaitan. - Bernama
Topic Berkaitan
#adab pendakwah
#Ashabul Kahfi
#pemuda al-Kahfi
#Mohd Nai'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan