awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam

Bernama
Bernama
23/09/2023
03:00 MYT
Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Pham Minh Chinh berucap pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, 22 Sept 2023. (Foto AP)
ISTANBUL: Vietnam pada Jumaat berkata ketika dunia sedang menghadapi "ketegangan geopolitik yang sengit yang tidak pernah dilihat sejak zaman Perang dingin", Asia Tenggara "muncul sebagai wilayah perpaduan dan kerjasama", lapor Agensi Anadolu (AA).
Perdana Menteri Pham Minh Chinh yang berucap pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, berkata ASEAN telah "menegaskan kepusatannya" dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran di rantau ini, dan menggesa "kawalan" di Laut China Selatan yang dipertikaikan.
Pham berkata Vietnam komited untuk bekerjasama dengan negara di dalam dan di luar rantau ini untuk menjaga keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan mengikut undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 ( UNCLOS)."
Tanpa menamakan mana-mana negara, beliau menekankan mengenai pentingnya untuk "menahan diri daripada tindakan unilateral dan menangani pertikaian dan perbezaan dengan cara aman, termasuk proses diplomatik dan undang-undang."
Ini terutamanya, perairan Laut China Selatan yang telah menyaksikan pertikaian panas antara China dan anggota ASEAN.
Hanoi dan Beijing mempunyai tuntutan bertindih maritim di perairan yang dipertikaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rantau perpaduan dan kerjasama
#PM Vietnam Pham Minh Chinh
#Asia Tenggara
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan