awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Askar Wataniah perlu bersemangat pertahan negara - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
25/11/2016
03:00 MYT
Askar Wataniah perlu bersemangat pertahan negara - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah demikian pada santapan malam meraikan Timbalan Komander rejimen tersebut, Lt-Kol Azhar Ahmad yang ditukarkan ke rejimen lain tidak lama lagi. - Gambar BERNAMA
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan Askar Wataniah supaya memantapkan semangat dan daya juang untuk mempertahankan tanah air tanpa perasaan takut dan berbelah bahagi.
Baginda juga mahu setiap Askar Wataniah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan pada setiap masa dalam apa keadaan sekalipun.
"Dalam hubungan ini setiap anggota hendaklah mempamerkan 'Etos Ketenteraan' iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan, pengorbanan, maruah, integriti, disiplin, profesionalisme dan semangat 'Esprit de Corps," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah demikian pada santapan malam meraikan Timbalan Komander rejimen tersebut, Lt-Kol Azhar Ahmad yang ditukarkan ke rejimen lain tidak lama lagi.
Baginda turut mengingatkan anggota Askar Wataniah supaya sentiasa berusaha mengemas kini pengetahuan dalam segala aspek berkaitan profesion mereka di samping meningkatkan tahap berkomunikasi dan menjaga kesihatan.
"Beta ingin meminta masyarakat agar sedar bahawa peranan Askar Wataniah sebagai barisan kedua pertahanan negara adalah membantu angkatan tetap mempertahankan negara dalam apa jua situasi," titah Tuanku Syed Faizuddin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Askar Wataniah
#Raja Muda Perlis
#rejimen askar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan