awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asnaf Selangor diminta kemas kini maklumat penyambungan sewa rumah - LZS

Bernama
Bernama
20/10/2023
07:16 MYT
Asnaf Selangor diminta kemas kini maklumat penyambungan sewa rumah - LZS
LZS memaklumkan kemas kini bagi membolehkan bantuan melibatkan lebih 17,000 asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar di Selangor itu dapat disambung untuk 2024.
SHAH ALAM: Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada agensi berkenaan diminta supaya segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian sebelum 18 Nov ini.
LZS dalam kenyataan memaklumkan ia bagi membolehkan bantuan melibatkan lebih 17,000 asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar di Selangor itu dapat disambung untuk 2024.
"Asnaf yang terlibat akan menerima satu pautan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan perlu mengikuti langkah yang dinyatakan bagi mengemas kini maklumat pemilik rumah sewa, kadar sewaan semasa serta kaedah pembayaran sewaan.
"Sebagai panduan, asnaf boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi melalui pautan https://sewa2024.carrd.co/ bagi mendapatkan maklumat lanjut," menurut LZS.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, boleh menghubungi talian Zakat Selangor 1300-88-4343, mengunjungi mana-mana cawangan LZS berhampiran atau mengemukakan maklum balas di portal rasmi [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan sewa rumah
#Lembaga Zakat Selangor
#kemas kini maklumat
#maklumat penyewaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan