awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/07/2022
22:15 MYT
Asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan
Zainal Abidin (kiri) dan Mahmood Zuhdi. -Foto Sinar Harian
NILAI: Golongan asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan dengan bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya sikap dan pemikiran mereka perlu diubah.
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, golongan asnaf perlu dibantu memajukan diri, misalnya dengan menceburi bidang tertentu yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
"Sekarang ini kita nak 'ternak' atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama kelamaan mereka akan jadi semakin manja.
"Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucap tama bertajuk 'Zakat dan Kemiskinan' pada Program Muzakarah Kebangsaan 2022 Kali Ke-9 di sebuah hotel di sini pada Selasa.
Sementara itu Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, institusi zakat perlu diberi kuasa autonomi untuk mentadbir tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak berkepentingan.
"Pihak pentadbir zakat di seluruh negara sewajarnya diberi ruang untuk berfungsi dalam bidang tersendiri dengan mengutamakan kepentingan dan keperluan segera para asnaf.
"Janganlah pusat zakat itu diletakkan dalam pentadbiran yang ada lebih kuasa daripada pusat zakat itu sendiri dan paling penting wang zakat itu perlu dilindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain," katanya.
Dakwanya, ada negeri yang soal pembahagian wang zakatnya terbengkalai kerana tidak diberi perhatian secukupnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#golongan asnaf
#Zainal Abidin Sakom
#Yayasan Basmi Kemiskinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan