awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aspek pekerjaan, gaji wanita asing dikurung disiasat

Bernama
Bernama
06/12/2012
23:35 MYT
Aspek pekerjaan, gaji wanita asing dikurung disiasat
Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan siasatan dari segi pekerjaan dan penggajian berhubung 105 wanita warga asing yang diselamatkan selepas dikurung syarikat agensi pembantu rumah, Sabtu lepas.
Timbalan Menterinya Datuk Maznah Mazlan berkata siasatan itu akan dilakukan selepas proses siasatan Jabatan Imigresen mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, selesai dijalankan.
"Buat masa ini, kesemua mangsa berada di bawah Perintah Perlindungan Interim selama 14 hari, selepas itu siasatan seterusnya akan dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja ... dari segi pekerjaaan dan bayaran gaji.
"Mana-mana pekerja (mangsa) yang didapati belum menerima gaji atau terdapat tunggakan gaji daripada majikan mereka, kita akan usahakan dan dapatkan komitmen daripada majikan untuk membayar gaji mereka," katanya Khamis.
Maznah berkata, kementerian akan menyalurkan bantuan mengikut keperluan termasuk menganjurkan aktiviti kemahiran bagi mengisi masa serta memulihkan trauma yang dihadapi mangsa.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Indonesia
#pembantu rumah
#pemerdagangan manusia
#sumber manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan