Sebuah blok asrama yang menempatkan 90 pelajar tingkatan dua Sekolah Maahad Darul Quran di dalam kawasan Masjid Rusila, Marang terbakar kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Ketika kebakaran, pelajar terbabit sedang belajar di dalam kelas .
Kejadian disedari orang ramai termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di dalam salah sebuah bangunan di kawasan itu.
Menurut Datuk Seri Hadi, beliau melihat asap tebal namun tidak dapat memastikan bangunan mana yang terbakar kerana kedudukan bangunan yang agak rapat.
Pemeriksaan dijalankan di bangunan asrama menempatkan pelajar tingkatan dua dan didapati semua pelajar berjaya menyelamatkan diri.
Beliau yang juga penasihat sekolah berkenaan berkata, bangunan terbabit beroperasi sejak tahun 1985 dengan seramai 900 pelajar dari tingkatan satu hingga menengah atas tinggal dan belajar di situ.
Pelajar yang terjejas pula akan ditempatkan sementara di bangunan asrama yang lain buat sementara waktu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zamri Awang Long memberitahu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Astro Awani
Tue Feb 05 2013
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Asyik berperang sama sendiri, Hadi Awang seru orang Arab lebih dalami Al-Quran
Kejahilan Islam sendiri mengundang campur tangan Barat yang mencetuskan perang proksi sekali gus menguntungkan mereka, kata Abdul Hadi Awang.
Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.
MIC dan Pas sah jalin kerjasama
MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional selepas UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas.
PRK Semenyih: Tun M dakwa Pas tidak sokong UMNO
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Pas tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang berlangsung ketika ini.
Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman
Ahli Parlimen Bgan Datuk itu dijangka bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kelab Sultan Sulaiman sebelum kedua-dua mereka berarak ke Jalan Raja.
Ahli Pas bertanding atas tiket PH? Hadi enggan ulas
Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14 di Terengganu.
Kaji selidik INVOKE sekadar kajian atas meja - Pas
Pas menyifatkan kaji selidik INVOKE mendedahkan kemungkinan parti itu tidak menang satu kerusi pun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah kajian atas meja dan tidak menyeluruh.
Tidak daftar, keluar mengundi bertentangan ajaran Islam - Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik.
PAS enggan layan polemik siapa wajar jadi PM
PAS lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.
Prosiding fitnah terhadap Sarawak Report demi maruah Pas - Abdul Hadi
Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April.