JITRA: Sebuah bangunan madrasah di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin, di sini, musnah dalam kebakaran pada petang Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 2.44 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sezali Hassan tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan dari talian MERS 999 memaklumkan kebakaran membabitkan maahad tahfiz berkenaan.
"Kebakaran itu membabitkan bahagian asrama dan bilik guru. PBS Padang Sera tiba awal di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
“Ketika kejadian semua 21 pelajar berada di surau yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Bustan berkata, kemusnahan pusat Maahad Tahfiz itu dianggarkan hampir 70 peratus dari keseluruhan bangunan.
Beliau berkata, api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 3.05 petang.
"Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam, Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dipadam sepenuhnya pada jam 4.28 petang.
"Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 22 2024
Keadaan asrama pelajar di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin yang musnah dalam kebakaran pada petang Isnin. -JBPM
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Dianggarkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan bangunan pusat maahad tahfiz itu musnah.