awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asrama sekolah pondok musnah dalam kebakaran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/10/2020
14:12 MYT
Asrama sekolah pondok musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada di dalam asrama terbabit ketika kejadian. Gambar/ JBPM
KULIM:Sebuah asrama di Pondok Pengajian Ustaz Haji Adnan, Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, Padang Serai, di sini musnah dalam kebakaran malam ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 7.48 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech bersama 10 anggota dan dua jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran.
"Sebaik tiba di lokasi api sedang marak membakar sebuah asrama sekolah pondok yang musnah 90 peratus.
"Bagaimanapun ketika kejadian tiada mangsa dilaporkan berada di dalam asrama terbabit," katanya di sini, malam ini.
Beliau berkata, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#asrama
#sekolah pondok
#tahfiz
#terbakar
#musnah
#Kulim
#Pondok Pengajian Ustaz Haji Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan