awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asrama UIAM terbakar, 800 pelajar terselamat

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
26/06/2014
10:34 MYT
Asrama UIAM terbakar, 800 pelajar terselamat
Kira-kira 800 pelajar terselamat selepas kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia terbakar. - Twitter
Kira-kira 800 pelajar terselamat selepas kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16 Petaling Jaya terbakar kira-kira jam 3 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 3.02 petang dan tiba di lokasi beberapa minit selepas itu dengan menggunakan dua buah jentera.
Beliau berkata api berjaya dipadamkan lebih kurang jam 3.46 petang.
Sementara itu, Pegawai Bomba dari Balai Bomba SS2, Mohamed Habib Alias berkata kejadian berlaku apabila beberapa tilam yang terbiar di dalam bilik stor asrama mula terbakar.
“Keempat-empat tingkap bilik stor itu pecah manakala lampu dan kipas turut musnah dalam kebakaran itu.
“Pengawal asrama itu membuat panggilan kepada pihak bomba apabila melihat asap dan api dari bilik itu,” katanya kepada Astro AWANI.
Mohamed Habib berkata pasukan forensik bomba masih sedang menyiasat punca kejadian.
Gambar-gambar kejadian itu disebarkan dengan meluasnya di laman media sosial seperti Twitter.
UIA GOMBAK - banjir UIA PJ - terbakar UIA GAMBANG? pic.twitter.com/TMatWs0oMX
— #DeutschlandUberAlle (@jape_ah) June 26, 2014
Menggigil. Depan mata aku tengok pic.twitter.com/qE1LqDfpCi
— نورشاكرةّ (@ShakirahShoib) June 26, 2014
UIA py jay terbakar bak hang...haha #uia pic.twitter.com/2Q24DTotYE
— syafiqcong36 (@SyafiqCong) June 26, 2014
UIA PJ terbakar, sekarang langit PJ menangis. Allahuma sayyiban nafian. pic.twitter.com/tu0kcP34Hl
— pecal. (@sayafaisalraof) June 26, 2014
UIA petaling jaya terbakar. semoga semua berada dalam keadaan selamat pic.twitter.com/mouMPHgBts
— ★ (@zhan_____) June 26, 2014
Ini adalah kejadian kedua yang melibatkan Universiti itu pada bulan ini. Pada 4 Jun, kampus UIAM di Gombak dilanda banjir teruk selepas berlaku banjir kilat di kawasan itu.
Topic Berkaitan
#asrama lelaki
#kebakaran
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan