KUALA LUMPUR: Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI merangkul Anugerah Kecemerlangan dalam Berita Penyiaran pada Malam Anugerah Kepimpinan Perniagaan Antarabangsa (IBLA) Ke-6 2024.
Anugerah tersebut disampaikan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj yang juga merupakan Penaung Diraja bagi IBLA dalam majlis di sebuah hotel di ibu negara pada Jumaat.
Mewakili Astro AWANI menerima anugerah tersebut adalah Ketua Pengarang, Ashwad Ismail bagi pihak seluruh warga kerja Astro AWANI.
Malam anugerah berprestij kepada pemain industri pelbagai sektor itu dianjurkan Chartered Institute of Digital Ecnomy (CIDE) dan Majlis Perniagaan Asia Pasifik untuk Kelestarian dan disokong oleh The Leadership Post.
“Di sebalik dunia penyiaran yang sangat mencabar, pengiktirafan ini memberi isyarat bahawa kita perlu berganjak dari sempadan Malaysia dan bersaing di peringkat antarabangsa.
Sebagai wartawan dan pencipta kandungan, kita juga perlu melihat daripada aspek pengurusan, perniagaan dan keterhubungan untuk meningkatkan keupayaan pemain-pemain industri ke peringkat lebih tinggi sekali gus menyumbang kepada pendapatan ekonomi, kemampanan serta kebaikan nilai sejagat secara umumnya,” kata Ashwad.
Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Penganjur anugerah tersebut, Chris Daniel Wong.
Menurut Chris Daniel, pengiktirafan kepada 35 syarikat serta individu itu adalah sebagai menghargai syarikat-syarikat yang menunjukkan daya tahan luar biasa selain mencapai kelestarian dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, inovasi, teknologi, perkhidmatan pelanggan, dan pembangunan produk strategik.
“Objektif anugerah adalah untuk mengiktiraf pencapaian individu dan perniagaan dalam tempoh yang mencabar ini, atas sumbangan besar mereka ke arah pertumbuhan ekonomi mampan negara.
“Unjuran bank dunia menjangkakan Malaysia bakal berdepan aliran tunai yang agak mendatar, namun menunjukkan prestasi menggalakkan.
“Justeru, saya ingin melihat pengusaha di Malaysia memantapkan prestasi perniagaan mereka terutama dalam menghadapai cabaran ekonomi baharu, seterusnya meningkatkan sumbangan kepada jumlah eksport negara,” jelasnya.
Nabilah Khaleeda
Fri Jan 26 2024
Mewakili Astro AWANI menerima anugerah tersebut adalah Ketua Pengarang, Ashwad Ismail bagi pihak seluruh warga kerja Astro AWANI. - Gambar Astro AWANI
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Enam warga asing ditahan dalam operasi di sebuah kondominium mewah
Mereka yang ditahan adalah warga China dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan kerja sosial.
Astro AWANI rangkul Anugerah Kecemerlangan Berita Penyiaran IBLA 2024
Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI merangkul Anugerah Kecemerlangan dalam Berita Penyiaran pada Malam Anugerah Kepimpinan Perniagaan Antarabangsa (IBLA) Ke-6 2024.
Malaysia Airlines komited dalam memastikan perkhidmatan pelanggan yang optimum
Yuran tempahan luar talian untuk pelanggan yang mengalami masa menunggu lebih daripada 10 minit akan dikecualikan, berkuat kuasa serta-merta.
Standard mandatori kualiti perkhidmatan baharu berkuat kuasa 1 Ogos - MCMC
MSQoS merupakan salah satu instrumen kawal selia utama yang diwujudkan bagi memastikan pengguna di Malaysia memperoleh perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti.
MAB berpeluang berubah, perlu laksana langkah getir - CEO Qatar Airways
MAB boleh mempelajari pengalaman Qatar dalam pengurusan syarikat, perkhidmatan pelanggan dan seterusnya untuk berjaya dalam industri ini.