awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam warga asing ditahan dalam operasi di sebuah kondominium mewah

Bernama
Bernama
27/03/2024
13:08 MYT
Enam warga asing ditahan dalam operasi di sebuah kondominium mewah
Mereka yang ditahan adalah warga China dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah kondominium mewah di Jalan U-Thant di sini, Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammaed Saupee Wan Yusoff berkata mereka ditahan terdiri daripada warga China dan Myanmar berusia 35 hingga 56 tahun kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan kerja sosial.
"Operasi ini dilaksanakan setelah mendapat aduan awam berhubung kegiatan warga asing yang menjalankan pusat 'perkhidmatan pelanggan' secara dalam talian dipercayai melanggar undang-undang.
"Selain itu, beberapa unit kondominium tersebut dipercayai digunakan sebagai pusat aktiviti penipuan dengan penglibatan scammer terdiri daripada sekumpulan warga asing bagi tujuan pelaburan dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#dokumen perjalanan
#polis
#Imigresen
#perkhidmatan pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan