awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI rangkul Anugerah Media Berita Tahunan Terbaik MEBA 2023

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2023
16:01 MYT
Astro AWANI rangkul Anugerah Media Berita Tahunan Terbaik MEBA 2023
Astro AWANI merangkul Anugerah Media Berita Tahunan Terbaik pada Malam Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Ke-7 2023. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI merangkul Anugerah Media Berita Tahunan Terbaik pada Malam Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Ke-7 2023.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj yang juga merupakan Penaung Diraja bagi MEBA dalam majlis di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.
Mewakili Astro AWANI menerima anugerah tersebut adalah Penolong Pengarang Berita Perniagaan, Ekonomi dan Kewangan, Harits Asyraf Hasnan bagi pihak Ketua Pengarang, Ashwad Ismail dan seluruh warga kerja Astro AWANI.
Malam anugerah berprestij kepada pemain industri pelbagai sektor itu dianjurkan Dewan Perdagangan Digital Malaysia (MDCC) dan disokong oleh Asia Pacific Business Council for Sustainability dan PERDASAMA Putrajaya.
“Sebagai hab berita dan hal ehwal masa hadapan, Astro AWANI sangat menghargai pengiktirafan yang dianugerahkan ini.
“Terima kasih kepada MDCC dan Asia Pacific Business Council for Sustainability atas pengiktirafan ini,” kata Ashwad.
Menurut Presiden MDCC, Chris Daniel Wong, pengiktirafan kepada 30 syarikat serta individu itu adalah sebagai menghargai syarikat-syarikat yang menunjukkan daya tahan luar biasa selain mencapai kelestarian dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, inovasi, teknologi, perkhidmatan pelanggan, dan pembangunan produk strategik.
“Objektif anugerah adalah untuk mengiktiraf pencapaian individu dan perniagaan dalam tempoh yang mencabar ini, atas sumbangan besar mereka ke arah pertumbuhan ekonomi mampan negara.
“Ini pengiktirafan buat syarikat-syarikat perniagaan dan personaliti perniagaan yang cemerlang di peringkat Malaysia dan global,” katanya dalam ucapan penghargaan majlis tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Ashwad Ismail (@ashwadismail)
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#saluran berita paling dipercayai
#Anugerah Media Berita Tahunan Terbaik MEBA
#Harits Asyraf Hasnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan